Monday, March 22, 2010

JOM KE PESTA BUKU ....



Jom semua ke Pesta Buku 2010 yang sedang berlangsung di PWTC sehingga 28 Mac ini. Diriku jugak berpeluang ke sana pada hari Sabtu lepas. Mama dan adik2 dah bertolak ke Dungun, yg tinggal cuma Solehin dan ibunya. So kami pergi bertiga sahaja.

Hajat di hati cuma satu. Booth NB Kara. Dan alhamdulillah tercapai hasrat hati. Sebenarnya hari Jumaat dh ke sana, satu kereta penuh rombongan cik Ida ni. Tp sayang, parking kat PWTC dh penuh. Hari pulak hujan, jd tak naklah membasahkan si kecil Solehin. So kami patah balik.


Booth NB Kara walaupun berada agak jauh tahun ini (di dewan 2 - seberang sungai), tp lokasinya senang sahaja untuk dicari sebab bunting NB Kara sedia menanti anda semua di setiap penjuru.

- tima kasih kak! separuh tupperware kami makan jemput2 akak tu, sedap!!!

Seronok dapat melepas rindu dgn Kak NB, walau tak dapat sembang sakan sebab Kak Yati sentiasa dikerumuni peminat2nya dan sibuk menandatangi novel2 yang dibeli, tp dpt jugaklah bertanya khabar dan bercerita sikit2.. hehe. Kali ini dapat jugak berkenalan dgn penulis baru NB Kara, akak Kusyi Hirdan dgn novel sulungnya Galau di Hati Seri, serta tak lepas peluang beramah mesra dgn penulis muda berbakat besar Anuar Kamaruddin.




- seronoknya dapat bergambar dgn penulis muda ni
(tima kasih ye sudi bergambar dgn saya ye.. muahaha...)
(sib baik nuar tak pakai kemeja kotak2 kali ni.. hehe)

Diriku juga sempat bertemu dgn Kak Liza yang datang jauh dari Sarawak semata2 untuk menghadiri Pesta Buku tahun ini. Tak sangka pulak dapat hadiah dr Kak Liza (terima kasih byk2 kak, cantik sgt hadiah tu, ida suka)

- bersama kak liza. 3 kali nuar tolong snap pic ngan kak liza ni..

Si kecil Solehin mulanya agak kaku kat booth ni, tapi lepas dijamu dgn jemput2 (ayat org ganukite) Kak NB, terus si solehin tu ceria aje.. Solehin ni memang suka makan, sebijik macam mamanya ni.. hehe.

- sedapnya jemput2 Auntie NB ni tau!

Teta dh posing cantik! Solehin pulak, penuh mulutnya dgn jemput2!


Sempat jugak bersua dgn Qaisara yang comel lote. Geram betul tengok rambutnya yg halus mulus bak tuan punya badan. Bagus Qaisara ni. Dia masih kenal dgn Auntie Ida ni. Bila saja terpandang, terus saja datang salam dgnku.

-candid!

Dan Kak Sue (editor NB Kara) pulak tak habis2 menyebut pasal hutang novelnya dgnku. Dia lega sebab hutangnya dh langsai. Padahal diriku tak kesah pun.. (Relaxlah Kak Sue.. Ida ok aje).



Lebih kurang sejam setengah melepak di booth NB Kara, kami pun minta dirilah. Diriku memang tak berminat langsung nak ronda2 kat booth lain, sebab terlalu crowded.

So kepada peminat kak NB, jgnlah lepaskan peluang utk mendapatkan novel2 terbaru terbitan NB Kara. Ada diskaun tau! Beli 2 buah novel percuma sebatang pen. Paper bag hijau pun ada!



SELAMAT MEMBORONG DAN SELAMAT MEMBACA YEA!!!

jumpa lagi!!!!!

11 comments:

sweetsal said...

dulu masa muda2 remaja rajin baca novel..skrg tak de masa sibuk dgn anak2 pulak..ida suka baca novel ke?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kak ida menyerlah dengan sepersalinan jingga terang gituh...hihihihi :-D solehin sangat comel!

idasm said...

kak sal, ida mmg kaki nv kak. cuma skang tak leh express mcm dulu2lah. tp insyaallah boleh khatam walau slow mcm kura2 pun... hehe

idasm said...

nuar... hahaha... lupa plak nak tulis kat blog ayat kak NB... " baru balik dr batu caves ke? " .. hahhaha... oren punya pasal, nak wat camner, itulah kaler2 yg disukai suamiku..

Leeza said...

Salam Idasm, terimakasih atas layanan mesra Ida dan tumpangkan akak balik ke hotel. Sorry sangat sebab tak nak singgah restoren, bimbang ida bz sangat...lagipun akak dah 'mabuk' masa tu ,tak selera nak makan apa2. CHEESE NAN akan mengikat akak untuk datang lagi dan kali ini akak akan berkunjung ke restoran Ida secara wajibnya. Hehehe...promise dik ! Best jumpa Ida dan semua rakan di NB Kara...kalau buat gathering mahu riuh ni dengan mulut kita orang semua.....hehehehe.

idasm said...

kak LB, takde apa2 lah kak. ida ok aje. cuma terkilan sebab akak kan selalu tgk pic cheese naan tu, sekali dh dtg KL, tak dpt pulak rasa.

tp takpe, lain kali akak dtg KL, jgn lupa contact ida tau.

nurul said...

kak ida.....

jelesnyaa.. kak ida dah gi pesta buku.. nurul last week blk kg hb.. this week pun cam tak sempat nak gi.. huwaaa.. nurul teringin gak nak baca novel karya anuar kamaruddin.. pastu nak menambah koleksi novel NB..cam tak sempat je nak gi pwtc..huhu..

DrSam said...

tahun ni tak sempat ke pesta buku. Tahun lepas tu, dah hujung-hujun baru pergi.

idasm said...

Nurul, takpelah kalau tak sempat pergi, nurul boleh order online dgn diorang.

Dr, memang kesibukan kita membataskan byk perkara. tp takpe tahun depan ada lagi. hehe..

Nur Athira Izzaty said...

novel..lme dah x bce novel..tahun nie nk spm..kene buang skejap aktiviti kesukaan tuh..
pnah prgi skali je psta bku..tpi mmg best klau de duit pastu beli novel bnyak2...hehehe..

idasm said...

athira.... ohya, tahun ni spm kan. study smart yea. kak ida doakan athira berjaya mendapat keputusan cemerlang.