Tuesday, March 2, 2010

KESAH CUTI DI MELAKA.....

Dari sehari ke sehari. asyik tertangguh aje entri ni. Sebenarnya kesah cuti di Melaka ni dh basi dah pun, tapi sebelum ni tak sempat nak cerita sebab bz dan macam2 hal.

- inilah rombongan cik kiah.. eh silap.. rombongan cik dah.. hehe


Sewaktu familiku datang bercuti di rumahku hujung tahun lalu, kami sekeluarga telah bercuti di
Melaka - 3 hari 2 malam. Di Melaka kami stay kat A'Famosa Resort. Sebenarnya tak tahu sgt pun pasal hotel2 kat Melaka ni. Ku redah aje google kat internet. Tapi rasanya berbaloi jugak dengan harganya. Untuk sebuah apartment 3 bilik harganya cuma RM 308.00/ malam. Setiap bilik di lengkapi dengan 2 buah katil queen dan wardrobe (luaskan biliknya!) (A/C sudah pasti) Jadi kami dapat 6 katil queen yang pastinya cukup untuk kami seramai 11 orang semuanya.

- di depan apartment d'savor

- ini master room. anggaplah solehin aje yg ada kat dlm gambar tu yea!

Ruang tamu juga agak besar dan lengkap dengan A/C. Ada sofa dan meja makan. Ruang dapur dilengkapi dengan sinki, kettle, peti sejuk serta sedikit pinggan mangkuk. Dapur utk memasak aje yg takde, memasak tidak dibenarkan, kata mereka. Sori, kulupa nak klik2 kat dlm apartment. Yang ada gambar Solehin ni main2 kat kabinet TV.. hehe.





Tiba aje kat apartment, kami semua menjamu selera dengan nasi ayam mama yang kami bekalkan dari rumah. Selesai makan, cadangnya nak pergi swimming. Malangnya apartment kami takde swimming pool. Kami perlu ke apartment lain yang agak jauh. Jadi penyudahnya, kami buat aktiviti bebas ajelah sementara menunggu waktu maghrib. Lepas maghrib aje kami ke bandar Melaka. Posing2 sikit kat kawasan Staydhust. Kemudian kami pakat posing kat becha pulak. Cantik bechanya warna warna dan lip lap lip lap lampunya. hehe..



- mcm biasa, posing cover line mesti ada.. hehehe..



Lepas dah puas posing kat sini, kami pun naik bot keliling sungai Melaka pulak. Seronok naik bot waktu malam ni. Dingin dengan angin yang sepoi-sepoi sambil menikmati panorama neon bandar Melaka. Perkampungan Melayu juga begitu cantik sekali dilihat pada waktu ini. Kami pulak selamba aje giler posing sakan, mcm bot tu kami yang punya. (teringat kenangan naik feri masa kat HK, hehe)


- posing sebelum naik bot








Lebih kurang 45 minit kami di atas bot tu. Bila dh selesai kami jalan2 sikit kat kawasan tu dan posing pulak kat depan kapal.



Bila dah habis enjoy, barulah semuanya teringat pasal makan. Atas undian ramai, kami pun menuju ke Umbai utk menikmati seafood di sana. Suamiku memilih gerai yang biasa dikunjunginya. Alhamdulillah kenyang. Tp ada small insiden telah berlaku di sana yg membuatkan aku terasa hati dgn anak tokeh kedai tu. So bila nak bayar tu, terus terang je aku bagitahu tak akan dtg lagi ke kedai ini lain kali, kpd tokeh kedai tersebut. Terperanjat jugak tokeh kedai tu bila aku bgthu apa yg dikatakan oleh anaknya. Nak buat macamana. Sapa suruh mulut celupar sangat. Pelanggan dh berhabis duit beratus ringgit makan kat kedai dia, bukan nak jaga hati pelanggan. Nasib le...


Tiba di D'Savoy, semua orang dh penat dan mengantuk. So, semua tido awal, sebab besok kami nak bersuka ria kat A'Famosa Water World pulak.

HEHE.... BERSAMBUNG...

10 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

oh bestnyer cuti2 akak...paling tak tahan gambar solehin dalam kabinet tv tu...ya ampon!!! muat pulak tu...hahahaha...yg posing cover line comey...hihihi...video klip sangat =D

Syahmi Mohd Isa said...

bestnya bercuti!!! bercuti la ubat terbaik tuk lupakan segala mslh.... :)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..makan ikan bakar kat mana? umbai ke? apa yang dia cakapkan? Susah kalau orang berniaga mulut celoparkan ida..
gambar si solehin yang duduk kat kabinet tu kelakar sungguhlah..ha.ha

idasm said...

nuar... aksi solehin tu mmg original, dia sendiri yg merangkak masuk dlm kabinet tu.. mmg kami semua gelak tgk aksi soelehin waktu tu.. hehe.

idasm said...

syahmi... betul kata mie tu. kalau dpt bercuti selalu kan best.

idasm said...

kak NB, makan kat umbai kak. pasal insiden tu nanti ida citer kat akak yea.. kat YM yea..

secangkir madu merah said...

seronok bercuti2, ramai2 lak tu.. dan harganya berbaloi2 dgn 2 katil Q size utk ketiga2 bilik..

sedap makan ikan bakar di Umbai..tapi ada lak insiden yg tak sedap dipendengaran ya?

Sabarlah dgn kerenah manusia yg berbagai2 ragam apatah lagi berdepan dgn manusia yg tak tau syg mulut hehehehee...

idasm said...

kak ssm, betul kata akak tu. mcm2 ragam manusia ada. mmg kena byk bersabar. tp sebab nak puaskan hati, kena jugak berterus terang biar jd pengaran, agar tidak berulang pd yg lain.

nurul said...

kak ida, hehe.. nurul suka tgk solehin dok dlm kabinet tu.. comel!! best kan kak ida jln2 kat melaka & a farmosa.. nurul pun pernah dok kat umah kat situ tapi masa tu public holiday, so harga berganda2..huhu..

idasm said...

nurul.. hehe.. ramai yg suka tgk aksi solehin dlm kabinet tu.
o time public holiday, harganya berganda yea. nurul stay kat d'savoy jugak ke?