17 jun 2010
Hari ke-3 kami di Jakarta. Kalau awalnya kami cuma berlima. Tp hari ini dan sehingga hari ke-5 nanti, kami akan bertujuh.. hehe.
Hari ini kami ke Tanah Abang menaiki 2 buah teksi. Ida tak pernah lagi ke Tanah Abang sebelum ini. Kami ambil 2 buah teksi. Caj teksi dalam Rp 30,000 satu teksi. Tukaran wang lebih kurang RM1.00 = Rp2700. Apalagi.. jutawanlah sekejap kami 3, 4 hari tu.. hehe.
Tanah Abang rupanya pusat pemborong. Macam2 ada dijual di sini. Kebanyakannya pakaian, tapi ada jugak benda lain seperti beg, kasut, aksesori. Setengah kedai tidak menjual secara runcit langsung. Kalau nak beli kena beli 6 helai. Tp ada setengah kedai membenarkan kita beli 3 helai. Sikit sahaja kedai yang bagi kita beli sehelai2. So sebelum pilih, baik tanya dulu.
Harga barangan kat sini memang murah sangat. Kami mmg sakan shopping kat sini sampai tak sedar masa berlalu. Tak ingat nak klik2 langsung kat sini.. hehe. Last2 suamiku called... "tak abis lagi ke, kedai makan semua nak tutup dah ni, lunch pun belum" hahaha... berlari kami naik ke tingkat 8. Memang kedai makan kat foodcourt tu dh tutup semua. Nasib baik ada KFC yg juga hampir nak tutup, tp sempat jugak kami beli hehe.. (itupun dh takde choice dah, ambik jelah apa yg tinggal tu..)
Dah kenyang suamiku tanya, mcmn, nak jalan2 lagi ke nak balik dah. semua dah isi minyak, so semuanya setuju nak jalan2 lagi. So kami tahan 2 buah teksi utk ke Pasar Baru. Kat sini, kami jalan2 dan shopping sikit2 aje.
Habis kat Pasar baru, kami singgah kat satu warung ni. Ingat nak makan malam kat sini, tapi tak jadi bila tengok tukang masaknya ada dua orang. Seorang muslim, seorang Cina. Sebab dah duduk, so kami minum2 ajelah.
Lepas tu, kami ambil teksi lagi. Suamiku bagitahu pak supirnya... kami nak pergi makan masakan minang / padang, tapi nak kedai2 yg berada kat jalan yg menghala ke aston rasuna. So inilah kedainya...hehe.
Dah sampai kat bilik, kami mulalah belek2 apa yg dh shopping tu, bukan belek aje, try test sekali lah.. hehe...
Malam tu, semua tidur dlm senyuman le... hehehe...
17 comments:
salam kak ida..wah..banyak shopping kat jakarta ke kak??
intan teringin plak nak pi sana..hehehe
akak pon jalan2 jgk
intan, bagi can kat mama dan adik2.. hehe. kak ida pun boleh tahan jugak.. ekeke..
tulah jai... jalan2 mmg bestkan.
ish2 banyak nye ida shopping..bestkan..kt sana barang2 murah ke?...yg dua tu sape..pengantin ke?..
kak sal, yg dua tu pengantin barulah.. hehe.
kat tanah abang tu mmg murah kak. adalah shopping sikit2.. hehe..
wah penat jalan hilang sebb kenyang makan dan dpt shopping hehehhehhe... seronok tengok ida & family gi makan angin..
kak smm, mmg best dpt gi jalan ramai2 ni. meriah dia lain macam sikit.. hehe..
wah..byknya borong. sana murah, kan?
tulah pasal nadiah, sebab murahkan.. laju aje belanja.. hehe..
jalan ramai-ramai ni memang seronok. Ada saja perkara yg mencuit hati timbul. Yg menyakitkan hati pun ada gak hehehe tapi tak la kes berat. Sbb akak tak suka org yg lambat serba serbi.
Bestnya dapat shopping...
betul kata kak zara tu. kalau ada yg selalu lambat, kita pun akan fed up. tp nasib baiklah grup ida ni semuanya cepat dan tepat. so semua org happy... hehe..
sapa yg x suka shopping ye kak...
Amboiii kak ida..shopping.bnyak betulll..tpi mmg ptut pun beli..yelah RM1=2700rupiah..kan?hehehe..kite guna peluang yg ader..,x gitu?
G sana cpat jd kaya nie..hahaha..tbe2 terliur tgok mkanan mse mlam tuh..huhuhu..,
orang jawa cakap 'abang' = 'merah'.. ehehe
thira... sekali sekala dpt jd jutawan.. hahaha.. shopping mmg sakan kami semua...
en me, thanks for the info.. hehe.
(mesti pandai cakap jawa ni...)
hahaha,..bkan selalu pun..klau kat mlaysia ntah bile lah dpat merasa.,
Post a Comment