Saturday, December 11, 2010

SOLIHIN SUDAH 2 TAHUN...



Esok, 13hb Disember 2010, genaplah 2 tahun anak instant ida ni.

Tapi kami dah celebrate awal2 pada minggu lepas.. hehe. Alkisahnya, ibu solihin kena posting kat Sg Siput (SS), jauhkan!. Jadi drpd Tanjung Malim (TM) , berpindahlah ikin ke Sg. Siput (tp shah masih kat TM) Nasib baik mama dan adik2 ada di sini sekarang. Jadi bolehlah ikin pinjam fatin buat teman sekaligus jd babysitter utk solihin.

Yang si ida ni pulak, dok merindulah kat si kecik ni. Yelah ... dah jauh, susahlah nak datang sini lagi. Hari jumaat lepas, rasa rindu membuak2. Dok terbayang gelak tawa dia.
Lepas sembahyang asar, mcm biasa, berjemaah, ida sebut kat suami... rindunya kat solihin.
Suami ida pun balas, yelahkan...
Then ida cakap lagi... Darling, apa kata kita pegi lawat solihin...
Tak sangka pulak, suami ida jawab.. boleh jugak tu.. jom!

Maka, esoknya kami pun berangkatlah ke sana. Kata ida kat ayah solihin, kita celebrate besday solihin sekalilah. Minggu depan kami tak dapat datang dah..



Pagi2 ida pergi ke Sogo beli besday gift utk solihin. Plus sedikit chocolate utk dia. Dalam pukul 12 tghari kami bertolak dgn cik urvan. Belum full lagi. Singgah sebentar kat TM, shah nak kirim TV dan beskal solihin. (shah pegi ke Sg Siput ngan moto besar dia, so x dpt bawak brg2 chenggitu). Faris dan iwan ikut kami sekali. Barulah full.


Kat TM, kami singgah warung pak man, minum cendol pulut. Ida siap pesan laksa penang. Adik2, ada yg pesan rojak. Sambil2 layan nasi lemak mama yg kami bawak bekal... hehe.

- rombongan cik kiah... hehehe....

Sepanjang perjalanan, ida ni sibuklah klik sana klik sini dr dalam cik urvan tu. Excited plus berangan, konon jurufoto pro, padahal main tekan aje.. ekeke.






- lata kinjang...

Sampai kat SS, rasanya dalam pukul 4. Rumah sewa ikin dekat aje dgn sekolah tempat dia mengajar. Jalan kaki 3 minit dah sampai rasanya. Dan ikin kira bernasib baik jugaklah dapat rumah sewa yg cantik, bersih dan selasa. Kata ikin, kalau ikutkan tuan rumah tak nak sewakan, sebab rumah tu nak dijual. Tp selepas shah datang bincang sendiri, barulah tuan rumah bersetuju bagi sewa. Tp mcm2 jugaklah pesanan penaja ke atas rumah sewa tu.. hehe... biasalah kan.. siapa tak sayang bini, eh silap, rumah .. kan, kan..



Solihin demam hari tu. Nampak kecik sikit tubuhnya. Seronok dia bila kami ramai2 datang. Terkejut pun ada. Dapatlah kami main2 dgn solihin dalam 2 jam. Bolehlah melepas rindu kat dia.. best!!!!












- dah takde orang nak layan, dia kayuh sendiri pulak.. hehe..

Lebih kurang jam 6 petang, kami bertolak ke bandar Ipoh. Nak pegi makan kat McD, sekaligus meraikan besday solihin. Tapi sebelum tiba ke McD, suami ida buat ipoh tour sekejap, sebab ida ni tak pernah jenjalan kat bandar ipoh tu... hehe. Penerangan diberi dari dalam cik urvan aje. Siap dgn sejarahnya (suami ida mmg terer sejarah). Tapi bila sampai kat Istana Kinta, kami diberi izin utk posing kejap.. hehe (bendara Perak tdk berkibar, Sultan takde kat istana)






Dah selesai makan, barulah teringat, beg kecil suami ida tertinggal kat atas katil kat rumah ikin. Silap ida lupa nak ambik. Suami ida pun tak teringat nak tanya ida. So terpaksalah patah balik ke SS. Kesian kat suami ida, penat driving. Tp nak buat mcmn kan. Dah nak jadi...

Apa2 pun.. enjoy!!! Semua happy dan puashati.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHMAD SOLIHIN HAKIM.
SEMOGA SENTIASA MENJADI KEBANGGAAN KELUARGA...

23 comments:

Chenta said...

Happy Beshday Solihin !
cutenya dia .. lalala

Oleh kerana broadben lambat cam siput . Makanya dpt tgk bebrapa pics aje ..huhuuu

LynnAiza said...

comeyyy nye die!=)

Nadiah Sidek said...

safiyyah pun nak 2 tahun dah 2 Januari ni :). happy birthday solihin!

idasm said...

linda, tima kasih. line BB lembap mmg menyakitkan hati kan... jenuh nak tunggu...

idasm said...

lynn,
tima kasih... hehe...

idasm said...

nadiah,
kak ida dh agak safiyyah mesti baya2 solihin jugak.

thanks yea...

sweetsal said...

hepi besday Solihin..dah besar dah dia..makin comel..

Syahmi Mohd Isa said...

hepi besdayyy adik solihin!!

Marzalina said...

Happy belated to solehin..moga berjaya dunia akhirat..jd anak yg baik..amin..

idasm said...

kak sal,
tima kasih atas doanya..

idasm said...

tima kasih abang mie... hehehe...

idasm said...

intan, tima kasih atas doa dan ingatan...

Liyana said...

selamat hari lahir solihin... comel nye die.. dah besa msti hensem eh.. hihi

idasm said...

liyana, tima kasih atas kunjungan. solihin, itulah permata hati kak ida.. hehe...

Anonymous said...

эŠ»ŠµŠŗтрŠ¾Š½Š½Ń‹Šµ сŠøŠ³Š°Ń€ŠµŃ‚Ń‹ ŠæсŠŗŠ¾Š² - Š·Š½Š°Ń‡ŠµŠ½ŠøŠµ сŠ»Š¾Š²Š° сŠøŠ³Š°Ń€Š° ŠŗŠ¾Ń€Š¾Š»ŠµŠŗ цŠµŠ½Ń‚Ń€Š°Š»

DrSam said...

Happy belated birthday buat adik Solihin. Beruntung sebab ramai yang menyanyangi. suami ida seorang yang amat sporting - terus aja memenuhi hajat ke Sg ciput bila disebut. Bravo!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Pejam celik pejam celik; dah pun besar Solihin..





* senyap aje?..

en_me said...

ganas dgn senapang tewww .. ehehe

Suhana Shahril said...

Ya Allah sorry byk2 kak...maaf dr ujung rmbut sampai ujung kaki...ana terlupa psl plan tu. Ana mmg ada dpt no tu,tp slps ana dh balik perlis,ana br check email tu.Pastu,ingat nk call bgtau xjd sbb mmg kelam kabut. Kesihatan plak x mengizinkan. Mmg truk gila alahan kali ni. Sampaikan nak buat apa pun dak mood.Takdak rezeki nk jumpa,xpa dh tau kedai mkn kak kat mana,nnti sampai sana,ana call. Idaklah akak tertunggu2 nnti.Minta maaf skali lg yer

idasm said...

Dr.Sam, suami ida tu ok jugak. bila angin dia elok semua dia layan.. hehe. jd pandai2lah tgk time.. hehe..

idasm said...

Azrina,
sekejap aje masa berlalukan..

senyap.. mmg senyap sungguh.. hehe...

idasm said...

en me... aksi aje yg lebih tu.. hehe..

idasm said...

ana, takpe. kak ida ok. Ana take care ye. Alahan teruk tu.. kena jaga diri.. tahniah yea..