Tahun ni banyak sangat perkara2 baik telah berlaku. Syukur alhamdulillah. Syukur sangat2 pada Ilahi atas limpah dan kurnia yg telah diberikan buat kami sekeluarga.
Sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni. Kawan2 yang berFB ramai dah tahu sebenarnya. Ida dan suami dah ambil anak angkat. Sebenarnya hasrat ni tak pernah dirancang, cuma kebetulan ada kawan suami bagitahu ada orang nak bagi anak. Bila suami tanya ida, teruslah ida setuju. Masa tu mmg tak tahu lagi baby girl ke baby boy. Yang ida tahu ida nak. Rupanya baby boy yang baru lahir. Bila dpt tahu mmg hati teruja sgt, siap dah plan nak bagi nama apa. Tp ternyata yg ni takde rezeki, sebab dah diserahkan pada orang lain.
Tp lepas tu ada pulak kawan suami bagitahu lagi, ada baby girl umur setahun. Ida mmg tak fikir panjang, terus aje setuju, (sebab mmg suka sgt nak dpt baby girl) walaupun ida belum tgk baby tu. Mungkin dah rezeki ida, bila aje pergi tengok, terus baby tu nak dengan ida. Jadi malam tu jugak ida bawak balik baby tu. Hati gembira sangat, dahlah baby nya comel, baik pulak tu.
Malam tu, bila tiba kat rumah, baby nangis jugak bila tengok persekitaran rumah berbeza. Tidur malam tu pun dia merengek jugaklah. Tapi bila bangun pagi, lepas dah mandikan dia.. terus dia ceria. Pandai pulak senyum dan posingnya. So inilah dia anak ida sekarang. Namanya Nur Amira Fatihah. Nama asal yg tercatat pada MY Kidnya yang diberikan oleh ibunya.
- ini pic pertama ida snap sebelum amira bangun tido...
- masa ni belum mandi lagi... tak sangka pulak amira ni ceria orangnya...
- - masa ni amira dah mandi. tengoklah muka dia tu.
pandai pulak senyum cam tu bila tgk flash nyala...
pandai pulak senyum cam tu bila tgk flash nyala...
- pagi tu bila kami keluar ada hal, kami bawaklah amira sekali, elok aje dia main2 kat dlm keta..
- dah penat main, amira tertido atas riba mamanya.
mmg hati gembira sangat.
nampaknya amira ni tak susah nak menjaganya.
syukur alhamdulillah atas anugerah Ilahi ni...
mmg hati gembira sangat.
nampaknya amira ni tak susah nak menjaganya.
syukur alhamdulillah atas anugerah Ilahi ni...
Petang tu, suami ajak ida pegi Sogo utk beli barangan amira. Ida bukan main teruja lagi. Maklumlah dah lama mengidam nak shopping barangan baby ni... hehe.
- inilah hasilnya 3 jam shopping. mmg banyak yang nak kena beli. tak cukup lagi ni.
tp sebab dah maghrib, so kami decide nak datang lagi esoknya..
tp sebab dah maghrib, so kami decide nak datang lagi esoknya..
Kebetulan 3 hari sebelum ambil amira, suami hadiahkan iphone kat ida. so bila aje dapat permata hati ni, kerja ida snap pic amira ajelah dr iphone tu. Amira ni banyak cakap jugak. Kalau dia main sorang2 tu, mulut dia asyik berbunyi aje. Bahasa ntah apa2 lah. Tapi seronok kita mendengarnya. Alhamdulillah satu malam aje amira merengek. Esoknya dan hari seterusnya, nampaknya amira dah serasi dgn ida sebagai mamanya. amira pun dah ngam jugak ngan suami ida sebagai papanya. Mama ida dan adik2 ida pun bukan main seronok lagi dengan kehadiran amira. Dah lama depa ni tunggu cahayamata dr ida. Takpelah, walaupun amira anak angkat pada zahirnya, tp insyaallah, kami akan jaga amira dan melayan amira sama mcm anak sendiri. Sayangggggg amira. Ramai jugak kawan2 komen kat FB cakap muka amira nak iras muka ida. Alhamdulillah, ramai yang sokong ida dan tumpang gembira dgn kehadiran amira dalam hidup kami. Doakanlah agar segalanya dipermudahkan yea.
Okeylah setakat ini dulu entry buat kali ni. sebelum undur diri.. ida selitkan pic ida bersama dct yang ida dirakamkan masa dct datang ke Semua House tempohari ( 4 hari sebelum dapat amira)
Okeylah setakat ini dulu entry buat kali ni. sebelum undur diri.. ida selitkan pic ida bersama dct yang ida dirakamkan masa dct datang ke Semua House tempohari ( 4 hari sebelum dapat amira)
- Nor yg tukang teman ida pun dapat bergambar ngan dct sekali.. seronok dia..
31 comments:
salam ida...
masyaAllah...subhanallah...seronoknya...dah lah muka amira sgt iras muka ida tau, am gembira sangat...mudah2an am pun ada rezeki begitu nanti..ameen...
alhamdulillah..m happy for u k.ida..amira sgt comeyyyll..macam mama diaa..hihihi..lynn doakan k.ida and keluarga sentiasa diberkati-Nya..aminnN~
tak susah ke proses nak ambik anak angkat ida? satu ketika dulu akak pernah terniat nak ambik anak angkat perempuan, sbb dah ada 4 hero rasanya dah malas nak beranak lagi tapi hubby akak tak setuju..cukuplah dgn apa yg ada katanya...
semoga mira gembira begitu juga ida dan suami...mudah2an berkat ambil anak angkat menyangkit pulak....
Salam am, tgk pic pun am dh teruja kan. Inikan ida yg dapat amura ni.. Hehe. Mmg ida syukur sgt Allah bg rezeki dan anugerah yg tak ternilai ini.
comel! mmg ada iras2 muka kak ida. mak nadiah pernah kata, tu 1 kurniaan Allah. muka anak2 angkat kalau tak byk pun mesti ada iras sikit2 muka mak ayah angkat :)
p/s: lama kak ida tak update blog. sibuk ye? akak..add la nadiah kat FB: Nadiah Sidek
salam lynn,
tima kasih byk2 lin atas doa dan sokongan. alhamdulillah gembira sangat ni...
kak yati,
ida punya ni tak susah sebab ida ambik amira ni dr tangan maknya sendiri. So maknya dh setuju nak tandatangan surat sumpat perakuan yg dikeluarkan oleh JPN.
akak kalau ambik heroin sorang mmg best jugak tu, maklumlah yg ada semua hero. mesti akak pun teringin sgt nak seorang puteri kan.
tima kasih byk2 kak atas doa dan sokongan. masin mulut akak, insyaallah.... hehe..
salam nadiah,
o mcm tu ke. patutlah ramai sgt yg kata muka nak iras akak. alhamdulillah, suker2!.. hehe.
kak ida mmg lama x bukak blog. bz ngan si kecik ni. maklumlah org baru jd mama.. hehe.
kak ida!! nak main dgn mira.. nak main dgn mira... huhuhu...
Betullah k.ida.Muka Amirah, iras muka akak.Mata sepet2,pipi chuby2...hehehe..tahniah yer kak.Baya2 anak ana si Adlin ni.An tumpang gembira dgn berita ini.
kak ida..intan tumpang gembira mendengar khabar baik ni...comel anak kak ida ni..mmg mcm muka kak ida la..hehe...seronok kan ada anak..taklah rasa boring kan kak ida..
haritu intan ada pi Kl..tapi tak sempat nak pi kedai kak ida..sebab mail dah keja..tak ada sapa nak bawak intan pi sana huhuhu...
jaga anak baik2 tau..miss u!
zaff... sekali dah main ngan amira, sure jatuh cinta lepas tu... hehe..
bila nak datang?
Ana, kak ida mmg happy sgt ni. apalagi bila ramai yg cakap muka amira nak mirip muka kak ida.. hehe.
Adlin pun sebaya amira ye.. bestnyer..
intan, kak ida pun tak sangka dapat anak angkat secomel ini. lagipun sebelum ni mmg tak pernah rancang nak ambil anak angkat.. hehe
amira ni mmg jadi penghibur semua org, bukan kak ida aje, auntie n uncle dia pun.. hehe
intan, tim kasih atas doa dan sokongan. takde rezeki kita jumpa ye. lain kali ye...
alhamdulillah...
rezeki..
tak di sangka2 kan..
bertuah Mira!
:)
akak Dr, mmg tak disangka2 sungguh. gembira sgt. syukur alhamdulillah..
biler me dpt nk gambar dgn datuk ct tewww.. uhuhu
tahniah kak..dan syukur dpt amira yg comel memang iras2 akak trutama tang mata...saya tumpang gembira melihat keluarga akak bahagia..amin..amin
Muka same ngan kak ida..biasalah tuh..budak kecik nie muka dierong dipengaruhi sekeliling...kak ida jaga die jdi muka mcm kak ida lah..,hehehe..
en me... minat ke ngan dct.. ingat ke tak minat... hehe...
ibu amna, tima kasih byk2. mmg syukur sangat. sejak ada budak kecik ni... mmg hidup bertambah ceria.. hehe...
athira...lama x nampak kat sini ye. sekarang buat apa sementara tunggu result. tima kasih byk2 atas sokongannya. seronok kak ida dan famili sekarang.
bekerja sementara..hehehe..,skang dh rjin nk update blog..hahhaa.sama2 kak ida.
comelnyerrr Amira!!_!!
wah....dpt ambek gambo ngan Siti,nice blog,follow u,follow me to!!_!!
athira...wah... blog pun dah berubah sekarang ye. barulah nampak lebih matang.... hehe..keep it up yea..
cik cahya.. tima kasih. tima kasih. tima kasih. alhamdulillah rezeki...
yela kak..muka amira macam muka akak..kiut giler........jaga dia elok2 tau....
Hahahaha..ok2..thankz kak ida.
cik linda,
amira mmg jd perhatian kat rumah dan kat restoran. seronok betul kak ida. insyaallah akan jaga dia sebaik mungkin... tq linda..
seronoknye kak... insyaAllah, ade berkat Amira nt..akak dpt anak sendiri pulak... :)
Liyana, insyaallah, mana tahukan...
Post a Comment