Showing posts with label sale. Show all posts
Showing posts with label sale. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

CHARITY BAZAAR

8 AUG 2010, Ahad

Hari ini ida agak letih sebab ida terlibat dgn jualan 1 Malaysia Food and Handicraft Charity Bazaar. Jualan ni berlangsung kat Saloma Bistro, Jalan Ampang, anjuran Persatuan Wanita Pakistan Malaysia.

Seawal jam 8.30 pagi, ida dan staf telah bertolak ke sana dgn membawa peralatan yang diperlukan. Kami setting apa2 yang patut dulu. Stall telah disediakan oleh pihak penganjur. Ida just tambah decoration sikit nak bagi nampak warna tema biru putih kitorang.

Makanan untuk jualan belum sampai. Tp ida ada bawak tea tarik panas utk dijual, jd sementara menanti nasi beriani tiba, kami jual teh tarik dulu. Murah aje. RM 1.oo segelas. Panas2 dan sedap lagi. Sri , manager ida bawak 1 tong aje teh tarik tu, mana nak cukup. Cepat2 ida order lagi dgn tea maker kami, minta buat lagi 2 tong... hehe.

Sebenarnya ida selalu buat sale kat luar ni dulu2, antaranya MIHAS, MAHA, Showcase Usahawan dan lain2 lagi. Jadi ida mmg dah sedia maklum, kalau jual teh tarik mmg laku, sebab tea tarik ida mmg sedap, kurang manis dan lemak berkirim (mesti u all kata ida masuk bakul angkat sendiri.. hehe) tp macam tulah customer cakap...


Menurut kata penganjur, sewa gerai yg dikutip iaitu RM 300.00 akan disalurkan kepada badan kebajikan. Tak kesahlah yg tu, cumanya bagi ida program ini agak hambar. Pihak penganjur tidak menitikberatkan soal promosi. Ida merasa agak kesal kerana takde satu banner pun yg digantung di hadapan Saloma ini bagi memberitahu orang ramai akan wujudnya jualan ini pada hari tersebut.

Boleh dikatakan outsider cuma 10 % aje yg datang, itupun may be kebetulan ada hal di sini. Rata-rata yang membeli nasi beriani kami adalah mereka2 yang terlibat dengan gerai jualan samada gerai makanan atau bukan makanan, dan juga kaum kerabat diorang.

Kesian ida rasa pada mereka2 yg buka gerai, jual macam2, tapi takde orang yg nak membeli. Macam gerai ida takpelah. jual makanan, nak tak nak, bila lapar, pasti ada yg membeli, walau tak habis, tp boleh tahan jugaklah jualannya.

Alhamdulillah, teh tarik kami sebanyak 3 tong telah habis dijual pada hari tu. Nasi beriani ada lagi sikit bakinya. Kebetulan, restoran di Jalan Bunus, nasi berianinya licin, so kami hantar ke sana.

Begitulah kesahnya.... layan klik2 ida yea..

- gerai makanan ada lebih kurang 15 gerai.



- yg biru putih itu, gerai kamilah tu.. hehe..



- tuanpunya hati tak sah kalau tak posing... hehe..


- gerai bukan makanan terletak di dalam dewan, lebih kurang 30 gerai. Tengok pada gambar kat bawah macam ramai ajekan. sebenarnya time ni dah jam 4.00 petang. Diorang dah mula bagi special diskaun sebab diorang nak balik dah lepas tu...


Kat sana, ida berkenalan dgn Lis. Lis datang temankan b/f nya yg bekerja di gerai Saloma. Saloma pun ada gerainya sendiri, jual wafer, ABC, fun fries dan minuman dlm botol. Diorang pun beli nasi beriani kami.

- bergambar dgn kawan baru, Lis

Apa2 pun ida mmg suka buat jualan seperti ini. Selalunya kalau ada staf, oklah, yg jadi masalah bila x cukup staf, rasa patah semangat... sekian.