Syukur, Alhamdulillah, walau dapat balik 3 hari aje.. tp hatiku puas. Maklum dah berapa kali ditunda. Dan balik kali ni betul2 dapat santaikan diri sebab memang takde specific occasion.
Oleh kerana belum pernah ada entri pasal balik kampung ni.. so kuhadiah kisah balik kampung ni buat anda semua. Moga-moga anda enjoy lah yea... hehe.
Hari Ahad, kami bertolak lebih kurang pukul 3.00 petang. Kali ni bawak balik maid sekali. Lebih kurang pukul 5 ptg, kami tiba kat Kuantan. Kami lalu highway Pantai Timur tulah. So sebab dah plan nak singgah makan seafood sebelum tiba, kami exit kat Kuantan dan mula mencari kedai2 makan seafood di sepanjang jalan menuju ke Trgnu. Alhamdulillah, kami jumpa satu kedai makan ni , kat Pantai Batu Hitam (memang pantainya ada batu berwarna hitam).
- sotong celup tepung dan ikan siakap stim. gambar ketam masak bercili lupa nak klik sbb waktu tu dh tengah syok makan.. hehe..
Aku seronok sgt sebab hajat pertama dah tercapai. So lepas tu perjalanan diteruskan. Kami tiba kat Dungun lebih kurang pukul 9.00 mlm. Seperti biasa, mesti singgah kedai makan Mama dulu. Mamaku pun ada kedai makan kat depan Politeknik Sultan Mizan, Dungun. Kecik aje kedai mama ni. Skop pelanggannya pun cuma student2 tu lah.. Mama tengah sibuk goreng nasi. Punyalah ramai student2 yg menunggu nasi goreng diorang. Masa ni aku lupa pulak nak klik2.. hehe.
Rata2 student tu semua order item yg sama. Nasi Goreng Telur Mata dan Teh O Ais. Kusempat tanya mama.. berapa harga set ni. Nak tahu berapa .. RM 2.70. Aduhai... murahnya. Padanlah ramai pelanggan. Tp menurut mamaku.. ada kedai lain yg jual lebih murah.. RM 2.5o utk set tersebut. Ishk... aku geleng kepala... memang banyak kedai makan kat depat Politeknik ni. ..
Hari Isnin.
25 Mei 2009.
Pagi ni.. tetiba aje suamiku cakap dia nak tukar almari solek yg ada kat bilikku kat kampung ni. Memanglah almari solek tu dh berusia.. sejak aku anak dara .. study kat U lagi tu.. hehe.. sekarang mmg dh uzur dah almari tu... lepas tu katanya nak beli side table sekali. Aku ok aje. yelah orang nak sponsor... memang suka lah.. hehe. Bilikku kat kampung memang lebih besar dari bilikku kat KL. so memang senanglah kalau nak tambah perabot dlm bilik tu.. hehe.
So lepas breakfast nasi dagang kat warung biasa (balik kg, kalau tak makan nasi dagang.. tak sah!) Kami pun mulalah mencari item2 yg dikehendaki oleh suamiku. Rupanya dia tak nak beli yg sedia ada kat kedai2 perabot tu. Dia ada idea dia sendiri nak buat side table tu daripada 2 side table kecil dan cermin tebal. Rupanya... ish... ingatkan boleh terus beli dan bawak balik...
Banyak pulaklah kerjanya.....
Banyak pulaklah kerjanya.....
So aku ikut ajelah... walau dlm hati kurang setuju sebab nanti dpt lambat. Sebab kebanyakan kedai takde stok cermin setebal 12mm spt yg dikehendaki suamiku. Jenuh mencari kedai yg ada stok. Penyudah kesemua kedai2 cermin kat Dungun tu.. mmg takde stok, kena order dulu. Lepas seminggu baru boleh dpt. Jenuh!!
Habis masa sepagi dan tengahari tu mencari cermin saja. Cerminnya pulak dpt bagi order aje. Yang dpt bawak balik .. 2 side table kecil yg bakal dijadikan asas/ tiang utk meja tu. Cermin muka yg nak gantung kat tepi dinding pun kena order jugak. So tak dapatlah nak tunjuk kat sini.. sebab barang belum jadi dan belum ada hasilnya... hehe...
Seperti biasa menu wajib... Nasi Ayam Mama.. menjadi menu utk lunch pada hari tu. Nyum2 sedapnya nasi ayam mama ni.
Selasa
Pagi ni aku dah buat appointment dgn Kak Na, tukang urut tradisional. Memang menjadi perkara wajib jugak bila balik kg, mesti pergi urut. Bukan apa.. setelah penat bekerja... eloklah dibaiki skru2 dan otot2 badan, kalau ada yg longgar ke .. apa ke.. dapatlah dibaiki sekali.. hehe... Tapi kali ni aku dapat pujian sebab urat perutku tak bengkak seperti selalu.. mana taknya.. dh dekat sebulan aku tak minum ais... batuk dan lelah tempohari ... terpaksa pantang betul2... Selepas urut, kami ke pasar Dungun. Beli seafood utk dibuat masakan tengahari. Dapat sotong, ketam dan ikan. Wah syoknya.. aku tak sabar nak masak lauk pauk ni semua. eh bukan nak masak.. nak makanlah...Sebab tima balik kg nilah ...dapat makan hasil masakan mama... hehe.. so inilah rupa lunch kami. Gambar ketam selalu miss.. hahaha...
Lepas lunch, aku ajak suamiku ke rumah nenek sebelah bapa di Gong Pasir, berkunjung ziarah dan bertanya khabar. Rumah baru nenek dah siap. Rumah ni mak sedaraku yg buat utk ibunya.. sebab rumah asal dah uzur sangat.
Petang tu juga aku ajak suamiku ke Kelulut. kat sini ada 1 kedai keropok lekor kegemaran kami sekeluarga. Keropok Lekor 008. Alhamdulillah, lepas hajatku nak makan keropok lekor.
Rabu
Bila balik kampung, suamiku wajib beli ikan tenggiri utk dibawa balik ke KL. Memang mahal sikit jika dibandingkan dgn harga kat KL, tapi kesegaran dan kesedapannya yg menjadi pilihan hati suamiku. Memang berbeza rasanya.
Jadi pagi ni kami akan ke pasar Dungun lagi. Misi penuhkan tong ikan.. hehe.. tak susah sebenarnya sebab kat pasar Dungun ni.. semua ikan fresh2 belaka. kita pulak yg rambang mata nak beli. Tapi kami memang dh ada penjual tetap. suamiku memang akan beli dari Pak Embong ni aje. Sebab dia akan potong cantik2 ikut selera suamiku. Dan aku pulak bz klik2.. hehe...
Kat bawah ni gambar2 sekitar kuala dungun.. saje aje klik2 utk tatapan u all..
Begitulah kisahnya...
Pendekata bila balik kg aje... ikan tenggiri, keropok lekor, telur penyu, urut, nasi dagang, seafood.. dan satu lagi.. apam balik... ni semua perkara2 rutin bila balik kampung.. hehe..
selalunya kami akan ke Pasar Kedai Payang, KT juga .. tp kali ni tak sempat pulak. .. tapi hatiku puas sangat sebab semua yg dihajati dapat ditunaikan... ALHAMDULILLAH.
Sebelum bertolak balik ke KL, aku singgah jumpa mama kat kedai makannya..
mama bekalkan buah salak sikit.
dlm perjalanan balik, bertembung dgn 1 accident kat Kemaman, sempat aku klik...... teruk juga keretanya. tapi syukur orang2nya tidak apa2.. selamat.