Saturday, November 21, 2009

UJIAN ILAHI...

Pagi Isnin lepas, lebih kurang pukul 10 lebih, aku tiba2 diserang sakit yg menyucuk2 di sebelah kiri pinggangku. Buat pertama kali aku mengalami sakit seperti ini. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Lebih kurang 1 jam aku bergelut dgn serangan ini.

Fikirku itu yg pertama dan yg terakhir, namun telahanku silap. Aku diserang sakit seperti itu lagi beberapa kali selepas itu. Dan akhirnya selepas ke klinik pada hari Selasa, selepas scan dan ujian air kencing, rupanya aku kena batu karang. Terkejut jugak, tp nak buat macamanakan. Kata Dr. penyakit ini berkemungkinan drpd keturunan, kekurangan air, dan pengambilan kafein yg berlebihan. Semua faktor2 tersebut mungkin ada benarnya dgn diriku. Kata mama, atuk pernah kena. Aku pulak mmg setiap hari wajib minum segelas nescafe ais sewaktu bertugas di restoran.

Aku dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, ada ubat pecah batu, ada ubat serbuk utk dicampurkan di dalam air, ubat utk cramp dan ubat sewaktu sakit. Menurut Dr. kesakitan itu akan sentiasa dtg menyerang bila-bila masa sahaja selagi batu itu tidak keluar dr saluran tersebut. Dan selepas seminggu makan ubat, aku perlukan pemeriksaan lanjut.

Dan hari ini, Sabtu 21 Nov 2009, dah 6 hari aku tak jenguk kedai dan tak ke mana2. Duniaku kini hanya di rumahku and most of the time I'm in my lovely room. Dan selama tempoh itu, sakit itu sentiasa datang. Kadang2 pada jam 10 pagi. Kadang2 datangnya pada jam 5.00 ptg. Pendekata, tak kira waktu 'dia' dtg menjengukku. Pukul 6 pagi, pukul 2.30 pagi pun ada.


Dan pada waktu2 'dia' tak ingat padaku, aku senang hati aje layan FB, Astro dan juga novel. Ladangku kat FB tu bukan main laju lagi productionnya.. hehe. Novel pulak silih berganti khatamnya. Selesai semua novel kak NB, kupulun pulak novel2 penulis lain yg sedia ada dlm stokku. Nak cerita sikitlah yea... hehe...

- novel Chinta meruntun hati kecilku sewaktu Chinta di zaman sekolah. Sungguh zalim Pakcik Kamal terhadapnya. Novel kali ini berlatarbelakangkan kerjaya di kilang. Walau kesukaran menghadapi trauma Raja Akid, menggetirkan perjalanan rumahtangga, namun akhirnya kesabaran Chinta berbaloi. Dan akhirnya aku tersenyum puas!

- pertama kali membaca hasil tulisan Rose Harissa / Nora daripada novel berjudul Tuhan Lebih Tahu. Novel tu mmg best. Disebabkan hati telah terpikat dgn TLT, ku cari novel Rose yg terdahulu kat kedai buku. Nampaknya novel Mulanya Satu Cinta ini pun tidak menghampakan pembacaanku. Dialog antara Yani dan Ezri tu byk tul yg selamba, membuatkan aku selalu tersenyum dan tergelak sorang. Cabaran cinta pun boleh tahan jugak. Tak boleh bayang betapa kecewanya Ezri. Tp akhirnya cinta bersatu jua... hehe.. itu yg best tu. Insyaallah kalau ada lagi novelnya, aku pasti beli lagi.. hehe.


- Novel ini kubeli setelah aku berpuashati dgn 3 novelnya yg telah kubaca sebelum ini. Rasanya ini hasil tulisannya yg pertama. Baru aje kuselesai membacanya pagi tadi. Bagiku novel ni biasa2 aje. Kisahnya yg hanya berkisar percintaan semata2 membuatkan aku sedikit bosan. Sangat berbeza dengan hasil tulisan beliau selepas itu.


- ini novel2 beliau yg telah kukhatamkan beberapa tahun lepas. Hatiku terpikat dgn tulisannya sewaktu membaca novel Permata Asmara(pic xde sebab nv itu dipinjam kawan). Bila hati dah berkenan, kumulalah cari novel2 beliau yg lain. (aku mmg membeli novel berdasarkan penulisnya) Dan ternyata Setelah Kau Pergi, Kasih Bersemi dan Bahagia itu Miliknya juga berjaya mencuit citarasaku.
Syabas buat penulis Rozita Abd Wahab.


Okey ketepikan dulu kesah aku dan novel... hehe.

Berbalik semula kesahku.. sebelum ini, ayahku dimasukkan ke wad sebab tekanan darah tinggi dan paru2 bengkak. Tapi alhamdulillah, ayahku dah keluar wad, cuma keadaannya masih lemah. Memang ini semua ujian Ilahi buatku. Aku redha. Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit ayahku dan jua diriku. Dan buat KAKAKku yg sentiasa diberi idea2 hebat dlm penulisan novelnya, yg sentiasa ada untukku dan sentiasa mengambilberat keadaan kesihatanku, kuucapkan berjuta terima kasih atas kasih sayangnya. Tuhan sahaja dpt membalas kebaikan akak.

- kenangan di Langkawi, 2008. bersama abah, mama, adik nor dan suamiku.

Tidak dilupakan teman-teman yg sentiasa mendoakan kesejahteraan diriku dan abahku, sesungguhnya segalanya itu sangatlah kuhargai. Terima kasih semua.

Friday, November 20, 2009

PERJUMPAAN MINI SITIZONERS...

JUMAAT, 13 Nov 2009

Perjumpaan mini sitizoners ini, master plannya dr Khyree ni. Dia dan famili datang dari Singapore khas utk menghadiri konsert 1000 warna Siti Nurhaliza pada 14 Nov tu. Jadi bila diwarwarkan kat FB, ramailah pulak teman2 SZ lain yg setuju nak join.

Alhamdulillah dapatlah aku bertemu dan beramah mesra dgn diorang semua. Ramai jugak yg datang termasuklah Tajlena dan famili yg juga dari Kota Singa, Arieda dan kakaknya Cteey Yanti dari Kuala Terengganu. SZners lain Ctea Fairuz, Miela, Mond bersama abangnya, Fzi, Ikram, Tini, Sreeza Eina dan temannya Norman.



Khyree siap bawak biskut bintang malam satu tupperware sorang. Sedap biskut khai buat ni. Thanks yea. Mama Khyree pula bawakkan kek marble strawberry. Sedap keknya. Tima kasih.














Manakala Arieda dan Cteey pula sponsor keropok lekor buat teman2. Sedap!!! Dan aku pula sponsor ayam tandoori. Lepas makan, kami pakat nak ambik gambar ramai2. Kucadangkan kat tempat biasalah ... hehe.. kat depan restoran tu.




























Mula-mula kami ingat nak posing kat sini, tp rupanya pencahayaannya kurang sesuai.. so kami pindah ke sudut yg lain pulak..

Riuh rendah gelagat kitorang. Rasanya semua org yg lalu semua heran, ntah apalah yg dikecohkan oleh diorang ni.. may be itulah yg bermain kat kepala diorang kot.. hehe..
Sama jugak ngan kereta yg lalu kat situ, sure toleh punyalah.. nak2 nampak pulak banner2 yg ada muka Siti, may be ada yg tertanya2 samada Siti ada ke kat situ.. hehe...


- aksi lakonan semata... saje aje tunjuk2 tu..


Apa-apa pun, memang meriahlah sesi fotografi kami. Mcm2 karenah. Khyree pulak ada aje yg nak didebatkan bila jumpa Tajlena ni.. aku pun turut menyakat jugak .. hehe. Aku siap bawak tripod,bukan main lagi nak foto shoot, kononnya.. hahaha.. sib baik ada teman Eina, Norman yg sukarela jd jurufoto. Abis semua camera bergantungan kat lengan dia. Semua ikut turn utk ambik gambar. Memang puashatilah.

Bukan aje, mcm2 aksi posing, mcm2 sesi pun ada.. layanlah klik2 kat bawah ni yea (semuanya dh letak kat FB sebenarnya)


- sesi WANITA sahaja...

- sesi SITIZONERS GANU...


- sesi KEMBAR.. hehe...

- ni sesi apa ek.. oh sesi banner bertingkat.. haha...


- yg ni pulak sesi LELAKI shj...


- aku bersama miela. gambar bawah kiri : tajlena dan tini.
gambar tengah2 tu, aku bersama mama khyree, mama tajlena dan tajlena.
Manakala adik manis berbaju hijau ni adik Tajlena , Danie.



TERIMA KASIH BYK2 pada adik-adik SZ yg telah berkunjung. Kalau ada salah dan silap, haraplah dimaafkan. Kenangan manis bersama kalian tak akan dilupakan. Moga kita akan berjumpa lagi.

Thursday, November 12, 2009

SIKIT AJE....

Semalam kami pergi pasar borong. Mcm biasalah rutin mingguan. Tak sampai 2 minit, kami masuk ke kedai jual buah-buahan, tiba-tiba satu forklift yg dipandu oleh warga Bangla telah terlanggar bahagian belakang van kami. Memanglah tak teruk mana pun. Tapi kalau dh lampu pecah, walau sikit kena tukar jugak the whole set. Bumper kemek sikit aje, tp still cacat jugaklah.

- gambar ni sewaktu hari pertama usianya dgn kami, 23 Julai 2009

Sebenarnya van ni agak barulah jugak. Baru beberapa bulan keluar. Kami beli sebagai tambahan untuk buat catering. Jadi bila dh kena tu, mcm biasalah kami pun pergilah jumpa tokehnya (bukan kedai buah yg kami selalu beli buah) untuk minta gantirugi atas kerosakan tu. Tokehnya takde. Cuma assistant tokeh (chinese lady) aje yg ada. Selamba aje dia ni nak bayar RM 50.00 sebagai gantirugi. Apalagi kami pun anginlah jugak. Dia dok cakap sikit aje kat boss dia tru hp. Bertekak punya bertekak last sekali dia setuju nak bayar RM 200.00. Kami pulak bukannya nak ambil kesempatan, cuma nak pastikan boleh cover kos aje.



Tapi ikut pengetahuan kami , rasanya RM 200.00 tu nak beli lampu belakang pun tak lepas. Jadi kami minta dia bayar gantirugi sebanyak mana kos sebenarnya yg kami kena bayar kat workshop. Tak lebih dan tak kurang. Dan akhirnya dia pun bersetuju.

Hari ini kami ke Tan Chong Servis Center utk mengenalpasti kos pembaikan. Tan Chong bagi harga RM 680.00. Tu dia.. punyalah jauh beza dgn apa yg Cina tu nak bayar. Lampu belakang aje harganya RM 380.00. Kami pun telefonlah Cina tu lagi. Apalagi terkejut sakanlah dia bila dengar kosnya. Sampai sudah dia tak sanggup bayar harga tu. Tapi disebabkan kami memang kenal dgn staf2 kat Tan Chong tu, diorang bagi cadangan suruh cek harga kat bengkel biasa. Tapi make sure lampu tu original Nissan punya. Diorang siap bagi no spare part lagi utk memudahkan kami mengenalpasti barang ori atau tak.

Then, kami pun pergilah kat bengkel yg mmg suamiku biasa jugaklah. Bengkel ni minta harga RM 400.00 semua sekali termasuk lampu belakang yg ori. Itupun tokeh Cina tu tak puashati lagi. Dia cakap mahal. Lamalah jugak kami bertikam lidah on the phone tu. Mana tak sakit hati, dahlah bagi pekerja Bangladesh yg for sure xde lesen kendalikan forklift, drive forklift tu. Lepas tu tak nak tanggungjawab pulak. Last sekali kami cakaplah... u tak percaya ke dgn harga ni. u ingat kami nak ambik untung ke. Ini bengkel orang cina tau, u cina, ini org pun cina, u sendiri tanya, u sendiri minta kuranglah.Yg kami nak, van siap dibaiki, itu aje.

Terpaksalah tokeh bengkel tu pulak yg meneruskan hujah2nya dgn harga yg diberi. Memang kedekut betul Cina buah ni. Dan akhirnya harga yg dipersetujui adalah RM 380.00. Bukan apa, diorang ni nak perbodohkan kami sebenarnya. Kami pulak bukannya nak ambik kesempatan, cuma memperjuangkan hak kami aje. Tapi puashatilah jugak sebab akhirnya Cina buah tu setuju jugak. hehe... Alhamdulillah.






Tuesday, November 10, 2009

SEPETANG BERSAMA KAK NORHAYATI BERAHIM....

Hari Sabtu minggu lepas (31hb) , terbaca komen Kak Yati nak ke Sogo kat FB. Apalagi.. cepat2lah SMS. Mana tahu ada rezeki boleh jumpa Kak Yati. Tak sangka pulak dpt balasan. Makanya terjadilah pertemuan yg tak disangka... hehe..

Aku tiba kat Sogo dlm pukul 4.30 ptg. Kak Yati ditemani Editornya, Kak Sue tengah memilih baju Qaisara. Aku pulak tersilap tanya.. hehe. Akak beli baju utk siapa ni? .. Apalagi diorang serentak menjawab... eh untuk siapa lagi. Anak dara sorang tulah.. Entah mcmn.. aku rasa mcm baju yg dipilih Kak Yati tu mcm kecik aje... manalah tau kot2 Kak Yati nak hadiahkan kat sapa2... hehe.. sori ye kak..

Perbualan santai kami daripada tingkat 4 bersambung ke tingkat 7, sambil2 menjenguk Teta di
Kid Fun Club (betol ke namanya... tak sure sgtlah..)

Pertama kali bertemu Teta di Sogo dulu, dia baru bangun tido. Jadi moodnya agak suram. Tp kali ni Teta tengah main2 dan moodnya bagus sekali. Dapatlah aku klik2 aksinya. Teta begitu sporting sekali. Teta ni memang keletah, mcm2 yg ditanya...








Selesai di sana, aku mempelawa Kak Yati singgah ke restoran. Alhamdulillah , pelawaanku diterima. Hehe.. mmg gembira sgt, tercapai gak hasrat hati nak jamu Kak Yati. Oleh kerana aku jalan kaki sewaktu ke Sogo. Jadi kutumpang kereta Kak Yati sekali utk ke restoran. Sewaktu dalam lif, sempat jugaklah bersoal jawab ngan Teta.. hehe..


Aku berbesar hati sungguh bila Kak Yati sudi singgah ke restoran. Rasa macam nak jamu semua makanan yg ada kat restoran tu.. tp masalahnya Kak Yati ni.. makannya tak banyak. Kata dia.. x leh masuk banyak sangat nanti semput dan tak selesa. Tp puashati jugaklah sebab Kak Yati dapatlah rasa Cheese Nan, Ayam Tandoori dan Chenna. Harap2 akak berdua juga berpuashati. Akak... terima kasih byk2 atas kesudian akak. Ida gembira sekali hari tu. Kalau ada kekurangan tu, minta maaflah yea. Semoga dpt berjumpa lagi di lain hari... InsyaAllah.



- Maniskan senyuman Kak Yati... katanya khas utk ida aje ni... (kak yati mmg x suka senyum bila bergambar.... hehe.. thanks kak!)

- Shelly... pose ni mmg tiru pose Shelly... hehe... jgn marah yea...

Dalam pada itu, Solehin dan familinya jugak sampai dr TM. Dapatlah Solehin bertemu Auntie Yati.. hehe. Terus ku suapkan nasi kat Solehin. Tp lupa pulak nak ambil gambar Solehin dgn Auntie Yati.

- gambar Solehin ni xde kena mengena pd hari sabtu ini.
Saje aje ku letak pic Solehin ni.. waktu kami tengah sibuk memilih stroller barunya kat Sogo pd esok harinya.. Solehin ku letak kat atas katil tu.. hehe..
itu aksinya yg dh keletihan menanti kami selesai..

Semalam, aku mengkhatamkan novel AKU BUKAN BILLY MILLIGAN dlm masa 6 jam... hehe.. dh lama dh tak buat mcm ni sebenarnya. Selalunya aku baca sikit2.. bila ada kelapangan. Tapi kebetulan pulak tak byk kerja.. itu yg terus menjadi tu.... tp yg sebenarnya novel ni mmg macam tu.. bila dh usik.. macam ada magnet pulak .. nak melekat terus..hehe.

Bila baca personaliti Laura, mmg aku terus terbayangkan rambut Teta ni. Sebijik...hehe.. dan seperti biasa novel2 Kak Yati mmg tidak pernah menghampakan. Kali ni novelnya berlatarbelakangkan suasana kampung yg ada laut dan kerjaya sebagai ajen hartanah dan saham. Aku seperti biasa mmg akan tersenyum panjang bila selesai aje mukasurat terakhir... Tp part Adam tak endahkan ayahnya itu bisa meruntun hati perempuanku... menitis lak airmataku kat situ.. hehe..


Tp memang ini yg aku suka sebenarnya. Teringat novel MURNI KASIH dan KEMBALIKAN CINTAKU , yg baru juga kukhatamkan beberapa bulan lepas. Aku suka bila baca novel, dipertengahannya boleh tangkap leleh, basah bantal lencun pun tak apa. Tp bila pengakhirannya rasa bahagia, hilang segala derita... hehe.. two thumps up for u sis... u r the best!!!!!