Tuesday, November 10, 2009

SEPETANG BERSAMA KAK NORHAYATI BERAHIM....

Hari Sabtu minggu lepas (31hb) , terbaca komen Kak Yati nak ke Sogo kat FB. Apalagi.. cepat2lah SMS. Mana tahu ada rezeki boleh jumpa Kak Yati. Tak sangka pulak dpt balasan. Makanya terjadilah pertemuan yg tak disangka... hehe..

Aku tiba kat Sogo dlm pukul 4.30 ptg. Kak Yati ditemani Editornya, Kak Sue tengah memilih baju Qaisara. Aku pulak tersilap tanya.. hehe. Akak beli baju utk siapa ni? .. Apalagi diorang serentak menjawab... eh untuk siapa lagi. Anak dara sorang tulah.. Entah mcmn.. aku rasa mcm baju yg dipilih Kak Yati tu mcm kecik aje... manalah tau kot2 Kak Yati nak hadiahkan kat sapa2... hehe.. sori ye kak..

Perbualan santai kami daripada tingkat 4 bersambung ke tingkat 7, sambil2 menjenguk Teta di
Kid Fun Club (betol ke namanya... tak sure sgtlah..)

Pertama kali bertemu Teta di Sogo dulu, dia baru bangun tido. Jadi moodnya agak suram. Tp kali ni Teta tengah main2 dan moodnya bagus sekali. Dapatlah aku klik2 aksinya. Teta begitu sporting sekali. Teta ni memang keletah, mcm2 yg ditanya...








Selesai di sana, aku mempelawa Kak Yati singgah ke restoran. Alhamdulillah , pelawaanku diterima. Hehe.. mmg gembira sgt, tercapai gak hasrat hati nak jamu Kak Yati. Oleh kerana aku jalan kaki sewaktu ke Sogo. Jadi kutumpang kereta Kak Yati sekali utk ke restoran. Sewaktu dalam lif, sempat jugaklah bersoal jawab ngan Teta.. hehe..


Aku berbesar hati sungguh bila Kak Yati sudi singgah ke restoran. Rasa macam nak jamu semua makanan yg ada kat restoran tu.. tp masalahnya Kak Yati ni.. makannya tak banyak. Kata dia.. x leh masuk banyak sangat nanti semput dan tak selesa. Tp puashati jugaklah sebab Kak Yati dapatlah rasa Cheese Nan, Ayam Tandoori dan Chenna. Harap2 akak berdua juga berpuashati. Akak... terima kasih byk2 atas kesudian akak. Ida gembira sekali hari tu. Kalau ada kekurangan tu, minta maaflah yea. Semoga dpt berjumpa lagi di lain hari... InsyaAllah.



- Maniskan senyuman Kak Yati... katanya khas utk ida aje ni... (kak yati mmg x suka senyum bila bergambar.... hehe.. thanks kak!)

- Shelly... pose ni mmg tiru pose Shelly... hehe... jgn marah yea...

Dalam pada itu, Solehin dan familinya jugak sampai dr TM. Dapatlah Solehin bertemu Auntie Yati.. hehe. Terus ku suapkan nasi kat Solehin. Tp lupa pulak nak ambil gambar Solehin dgn Auntie Yati.

- gambar Solehin ni xde kena mengena pd hari sabtu ini.
Saje aje ku letak pic Solehin ni.. waktu kami tengah sibuk memilih stroller barunya kat Sogo pd esok harinya.. Solehin ku letak kat atas katil tu.. hehe..
itu aksinya yg dh keletihan menanti kami selesai..

Semalam, aku mengkhatamkan novel AKU BUKAN BILLY MILLIGAN dlm masa 6 jam... hehe.. dh lama dh tak buat mcm ni sebenarnya. Selalunya aku baca sikit2.. bila ada kelapangan. Tapi kebetulan pulak tak byk kerja.. itu yg terus menjadi tu.... tp yg sebenarnya novel ni mmg macam tu.. bila dh usik.. macam ada magnet pulak .. nak melekat terus..hehe.

Bila baca personaliti Laura, mmg aku terus terbayangkan rambut Teta ni. Sebijik...hehe.. dan seperti biasa novel2 Kak Yati mmg tidak pernah menghampakan. Kali ni novelnya berlatarbelakangkan suasana kampung yg ada laut dan kerjaya sebagai ajen hartanah dan saham. Aku seperti biasa mmg akan tersenyum panjang bila selesai aje mukasurat terakhir... Tp part Adam tak endahkan ayahnya itu bisa meruntun hati perempuanku... menitis lak airmataku kat situ.. hehe..


Tp memang ini yg aku suka sebenarnya. Teringat novel MURNI KASIH dan KEMBALIKAN CINTAKU , yg baru juga kukhatamkan beberapa bulan lepas. Aku suka bila baca novel, dipertengahannya boleh tangkap leleh, basah bantal lencun pun tak apa. Tp bila pengakhirannya rasa bahagia, hilang segala derita... hehe.. two thumps up for u sis... u r the best!!!!!

12 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

oh roti cheese nan...nnt mau try kt restoran kak ida... =D

idasm said...

silakan nuar... hehe..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida thank you very much sebab belanja kami makan..masih terbayang2 cheese nannya sampai sekarang, pak'kal jauh, kalau tak mau hari-hari pergi beli cheese nan tu..

idasm said...

Sama2 kak. Tulah, bestkan kalau dekat. Hari2 akak beli, hari2 boleh jumpa akak.. ahaks!

Marzalina said...

kak ida..kalau tak haritu dapat lah kita jumpa sekali kan..sebabkan tak ada yg nak hantarkan intan ke sogo..tak dapatlah jumpa kak NB dan kak huhu..sedihnya..=(

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ida..
wah.. sakan ek ida..
Cheese nan.. terliur. bila ek nak gi rasa..hari tu dah makan nasi beriyani..adui banyak sungguh... puas gile makan!

idasm said...

Intan... tulah pasal, tak perasan pulak k.ida intan kat kl. intan kat mana masa tu? kesiannya xde sapa nak antar. kalau dekat2 boleh kita plan.. seronokkan kalau intan ada sekali hari tu.. hehe..

idasm said...

Kak Nik.. terliur ke.. jomlah dating ngan ida.. hehe.. makan cheese nan. sekarang ni ida x bz sgtlah. bila akak nak dtg, bgthu idalah. nanti kita jumpa ...

Nur Athira Izzaty said...

wahh...msti sdap cheese nan tuh..nnti nk try r..
bce novel mmg best kak ida..skrang nie pun tgah duk bce novel2 coz dh hbis exam..huhuhu..

idasm said...

Athira... athira mmg giler novel cam kak ida jugakkan! hehe... nanti cuti sekolah dtglah jalan2 kat kl. boleh rasa cheese naan kak ida.. hehe..

Mawar Desa said...

hahaha lawanya budak kecik tu kak ida??m0del ke??huhuh

idasm said...

Mas.. budak kecik yg rambut panjang tu ke? mmg comel dan bijak. Itulah buah hati pengarang jantung Kak Norhayati Berahim, mas. ada bakat jd model kan!