Thursday, November 12, 2009

SIKIT AJE....

Semalam kami pergi pasar borong. Mcm biasalah rutin mingguan. Tak sampai 2 minit, kami masuk ke kedai jual buah-buahan, tiba-tiba satu forklift yg dipandu oleh warga Bangla telah terlanggar bahagian belakang van kami. Memanglah tak teruk mana pun. Tapi kalau dh lampu pecah, walau sikit kena tukar jugak the whole set. Bumper kemek sikit aje, tp still cacat jugaklah.

- gambar ni sewaktu hari pertama usianya dgn kami, 23 Julai 2009

Sebenarnya van ni agak barulah jugak. Baru beberapa bulan keluar. Kami beli sebagai tambahan untuk buat catering. Jadi bila dh kena tu, mcm biasalah kami pun pergilah jumpa tokehnya (bukan kedai buah yg kami selalu beli buah) untuk minta gantirugi atas kerosakan tu. Tokehnya takde. Cuma assistant tokeh (chinese lady) aje yg ada. Selamba aje dia ni nak bayar RM 50.00 sebagai gantirugi. Apalagi kami pun anginlah jugak. Dia dok cakap sikit aje kat boss dia tru hp. Bertekak punya bertekak last sekali dia setuju nak bayar RM 200.00. Kami pulak bukannya nak ambil kesempatan, cuma nak pastikan boleh cover kos aje.



Tapi ikut pengetahuan kami , rasanya RM 200.00 tu nak beli lampu belakang pun tak lepas. Jadi kami minta dia bayar gantirugi sebanyak mana kos sebenarnya yg kami kena bayar kat workshop. Tak lebih dan tak kurang. Dan akhirnya dia pun bersetuju.

Hari ini kami ke Tan Chong Servis Center utk mengenalpasti kos pembaikan. Tan Chong bagi harga RM 680.00. Tu dia.. punyalah jauh beza dgn apa yg Cina tu nak bayar. Lampu belakang aje harganya RM 380.00. Kami pun telefonlah Cina tu lagi. Apalagi terkejut sakanlah dia bila dengar kosnya. Sampai sudah dia tak sanggup bayar harga tu. Tapi disebabkan kami memang kenal dgn staf2 kat Tan Chong tu, diorang bagi cadangan suruh cek harga kat bengkel biasa. Tapi make sure lampu tu original Nissan punya. Diorang siap bagi no spare part lagi utk memudahkan kami mengenalpasti barang ori atau tak.

Then, kami pun pergilah kat bengkel yg mmg suamiku biasa jugaklah. Bengkel ni minta harga RM 400.00 semua sekali termasuk lampu belakang yg ori. Itupun tokeh Cina tu tak puashati lagi. Dia cakap mahal. Lamalah jugak kami bertikam lidah on the phone tu. Mana tak sakit hati, dahlah bagi pekerja Bangladesh yg for sure xde lesen kendalikan forklift, drive forklift tu. Lepas tu tak nak tanggungjawab pulak. Last sekali kami cakaplah... u tak percaya ke dgn harga ni. u ingat kami nak ambik untung ke. Ini bengkel orang cina tau, u cina, ini org pun cina, u sendiri tanya, u sendiri minta kuranglah.Yg kami nak, van siap dibaiki, itu aje.

Terpaksalah tokeh bengkel tu pulak yg meneruskan hujah2nya dgn harga yg diberi. Memang kedekut betul Cina buah ni. Dan akhirnya harga yg dipersetujui adalah RM 380.00. Bukan apa, diorang ni nak perbodohkan kami sebenarnya. Kami pulak bukannya nak ambik kesempatan, cuma memperjuangkan hak kami aje. Tapi puashatilah jugak sebab akhirnya Cina buah tu setuju jugak. hehe... Alhamdulillah.






8 comments:

secangkir madu merah said...

eee geram betol dgn sikap org yg suka ambik kesempatankan? tambah2 lagi org chayanunalif ni.. diowrang ingat kita ni senang je nak diperbodohkan.. bagus buat cam tu ida.. kena degil jugak macam dia.. alhamdulillah dapat jugak kan? klu tidak tak pasal2 kita lak yg kena keluar duit poket sendiri padahal pihak dia yg buat angkarakans?

idasm said...

tulah kak.. mmg bertekak abislah ngan diorang ni.. geram betol!

Syahmi Mohd Isa said...

tahniah kak.. sbb menang dlm pertempuran tu..hehe. Jgn bg org pijak kepala kita... Bila dh harga kt bengkel, mmg cina tu xle watpe dh.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

dia orang ini dah buat salah tak mahu bertanggungjawab! Kalau susah sangat kenapa tak ambil aje van ida tu antar kat bengkel yang dipercayai, kasihan ida. Kalau seyit karalah mungkin sudah diletupnya muka cina tu..he.he

ibu aira said...

bravo kak ida.. bagus kak ida wat macam tu. cina tu ingat kak ida senang diperkotak-katikkan. padan muka dia! dah salah nak amik mudah pulak. banyak cantik dia punya muka! saya yang baca pun geram gak...

idasm said...

Syahmi... thanks.. yealah seboleh mungkin kita cuba elakkan org pijak kepala kan. itupun cina tu x setuju tau. dia nak bayar 300 aje. tp kitorang lawan..

idasm said...

kak yati.. tulah geram tu. dia sibuk cakap... sikit aje.. sikit aje.. saya bayar u ajelah.. sikit2.. settlelah.. ishk geram tol kak. mmg sakit tekak jugaklah bertekak ngan cina tu...

idasm said...

ibu aira... tima kasih dik. tulah kita cuba sedaya yg boleh dulukan.. usaha tangga kejayaan.. hehe..