Saturday, November 21, 2009

UJIAN ILAHI...

Pagi Isnin lepas, lebih kurang pukul 10 lebih, aku tiba2 diserang sakit yg menyucuk2 di sebelah kiri pinggangku. Buat pertama kali aku mengalami sakit seperti ini. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Lebih kurang 1 jam aku bergelut dgn serangan ini.

Fikirku itu yg pertama dan yg terakhir, namun telahanku silap. Aku diserang sakit seperti itu lagi beberapa kali selepas itu. Dan akhirnya selepas ke klinik pada hari Selasa, selepas scan dan ujian air kencing, rupanya aku kena batu karang. Terkejut jugak, tp nak buat macamanakan. Kata Dr. penyakit ini berkemungkinan drpd keturunan, kekurangan air, dan pengambilan kafein yg berlebihan. Semua faktor2 tersebut mungkin ada benarnya dgn diriku. Kata mama, atuk pernah kena. Aku pulak mmg setiap hari wajib minum segelas nescafe ais sewaktu bertugas di restoran.

Aku dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, ada ubat pecah batu, ada ubat serbuk utk dicampurkan di dalam air, ubat utk cramp dan ubat sewaktu sakit. Menurut Dr. kesakitan itu akan sentiasa dtg menyerang bila-bila masa sahaja selagi batu itu tidak keluar dr saluran tersebut. Dan selepas seminggu makan ubat, aku perlukan pemeriksaan lanjut.

Dan hari ini, Sabtu 21 Nov 2009, dah 6 hari aku tak jenguk kedai dan tak ke mana2. Duniaku kini hanya di rumahku and most of the time I'm in my lovely room. Dan selama tempoh itu, sakit itu sentiasa datang. Kadang2 pada jam 10 pagi. Kadang2 datangnya pada jam 5.00 ptg. Pendekata, tak kira waktu 'dia' dtg menjengukku. Pukul 6 pagi, pukul 2.30 pagi pun ada.


Dan pada waktu2 'dia' tak ingat padaku, aku senang hati aje layan FB, Astro dan juga novel. Ladangku kat FB tu bukan main laju lagi productionnya.. hehe. Novel pulak silih berganti khatamnya. Selesai semua novel kak NB, kupulun pulak novel2 penulis lain yg sedia ada dlm stokku. Nak cerita sikitlah yea... hehe...

- novel Chinta meruntun hati kecilku sewaktu Chinta di zaman sekolah. Sungguh zalim Pakcik Kamal terhadapnya. Novel kali ini berlatarbelakangkan kerjaya di kilang. Walau kesukaran menghadapi trauma Raja Akid, menggetirkan perjalanan rumahtangga, namun akhirnya kesabaran Chinta berbaloi. Dan akhirnya aku tersenyum puas!

- pertama kali membaca hasil tulisan Rose Harissa / Nora daripada novel berjudul Tuhan Lebih Tahu. Novel tu mmg best. Disebabkan hati telah terpikat dgn TLT, ku cari novel Rose yg terdahulu kat kedai buku. Nampaknya novel Mulanya Satu Cinta ini pun tidak menghampakan pembacaanku. Dialog antara Yani dan Ezri tu byk tul yg selamba, membuatkan aku selalu tersenyum dan tergelak sorang. Cabaran cinta pun boleh tahan jugak. Tak boleh bayang betapa kecewanya Ezri. Tp akhirnya cinta bersatu jua... hehe.. itu yg best tu. Insyaallah kalau ada lagi novelnya, aku pasti beli lagi.. hehe.


- Novel ini kubeli setelah aku berpuashati dgn 3 novelnya yg telah kubaca sebelum ini. Rasanya ini hasil tulisannya yg pertama. Baru aje kuselesai membacanya pagi tadi. Bagiku novel ni biasa2 aje. Kisahnya yg hanya berkisar percintaan semata2 membuatkan aku sedikit bosan. Sangat berbeza dengan hasil tulisan beliau selepas itu.


- ini novel2 beliau yg telah kukhatamkan beberapa tahun lepas. Hatiku terpikat dgn tulisannya sewaktu membaca novel Permata Asmara(pic xde sebab nv itu dipinjam kawan). Bila hati dah berkenan, kumulalah cari novel2 beliau yg lain. (aku mmg membeli novel berdasarkan penulisnya) Dan ternyata Setelah Kau Pergi, Kasih Bersemi dan Bahagia itu Miliknya juga berjaya mencuit citarasaku.
Syabas buat penulis Rozita Abd Wahab.


Okey ketepikan dulu kesah aku dan novel... hehe.

Berbalik semula kesahku.. sebelum ini, ayahku dimasukkan ke wad sebab tekanan darah tinggi dan paru2 bengkak. Tapi alhamdulillah, ayahku dah keluar wad, cuma keadaannya masih lemah. Memang ini semua ujian Ilahi buatku. Aku redha. Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit ayahku dan jua diriku. Dan buat KAKAKku yg sentiasa diberi idea2 hebat dlm penulisan novelnya, yg sentiasa ada untukku dan sentiasa mengambilberat keadaan kesihatanku, kuucapkan berjuta terima kasih atas kasih sayangnya. Tuhan sahaja dpt membalas kebaikan akak.

- kenangan di Langkawi, 2008. bersama abah, mama, adik nor dan suamiku.

Tidak dilupakan teman-teman yg sentiasa mendoakan kesejahteraan diriku dan abahku, sesungguhnya segalanya itu sangatlah kuhargai. Terima kasih semua.

11 comments:

arieda salsabella said...

sabar ye kak ida...jaga kesihatan baik2..jangan lupa makan ubat ikut time..minum air kosong banyak2...
semoga akan kembali sihat nanTi..insyaALLAH.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

doa kak ida diberi kesihatan yang baik lepas ni...huhu...adoi, nuar pun peminum tegar nescafe kak...satu hari bergelas2...adoi...risau nih...

pn-iena said...

take care ya! moga cepat sembuh..

bestnya novel2 tu... bayk tul ;)

secangkir madu merah said...

ida, akak pernah alami batu karang ni lama dulu... tapi sakitnya memang mcm rasa org nak bersalin..macam nak terputus pinggang..ya Allah sakitnya.. tapi alhamdulillah itulah sekali pengalaman diserang batu karang..kena amalkan minum air kosong banyak2...
semoga ayah ida kembali sehat..
salam aidil adha ..

secangkir madu merah said...

eh eh sempat jugak promote novel yg dah dibaca eh... rajin betol membaca novel2 cinta gitew...

tentu hati terasa muda selalu kanz...??

idasm said...

arieda... tima kasih. mmg kena minum air kosong byk2 biar cepat sembuhkan.

anuar.. terima kasih atas doa. tima kash jugak sebab dh promote restoran kat blog nuar. pasal nescafe tu mmglah.. elok kurangkan lah nuar.

idasm said...

kak iena, tima kasih. bila dh sakit ni barulah masuk musim baca novel ni.. hehe.

akak smm... o akak pernah kena ke. ish.. mmg sakitkan kak. tuhan sj yg tahukan. syukur akak dh sembuh. ida pun harap2 sembuh jugak lepas ni. tima kasih ye kak.

haha.. musim baca novel sekarang ni kak.. mcm tulah..alhamdulillah kak, hati ida ni mmg sentiasa ceria.. hehe..

Nur Athira Izzaty said...

Kak ida..jge diri tau.mkan ubat jgan lpe..smoga cpat sembuh..
Bnyaknye novel kak ida..sy pun ske jugak bce novel..

idasm said...

athira... tima kasih. dh kerja ni bolehlah kumpul novel, dulu masa sekolah mana mampu nak beli.

Anonymous said...

banyak2 doa dan bersabar ye kak.. mula2 dengar tu mmg risau pun ada tp hanya doa je yg mampu org doakan akak...

lepas ni akak kene jaga pemakanan dan minuman segala ok... semoga allah sembuhkan penyakit akak, abah akaka dan semuanya... amin!

idasm said...

lena tima kasibh byk2. insyaallah semuanya akan sembuh spt biasa. terima kasih yea.