Petang semalam, aku telah menghadiri jemputan kahwin Fiza, best friendku sewaktu di Travex Institute. Walaupun cuma sebulan sempat belajar bersama, tapi jalinan persahabatan kami tidak terhenti di situ. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT FIZA DAN SUAMI. Semoga berbahagia sentiasa hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga sentiasa menjadi isteri solehah.
***********************************************************************************
Sebelum itu, pada sebelah pagi, aku terlibat dgn aktiviti bulanan Jam'iyah. Jam'iyah ni sebenarnya PERSATUAN SERUAN ISLAM. Dan untuk sesi 2009 - 2011, aku telah dilantik menjadi Setiausaha bahagian Wanita. Setiap bulan, AJK Wanita akan mengadakan ceramah agama. Dan untuk bulan Feb, kami telah menjemput Ustazah Zawiyah bt Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bhgn Pembangunan Keluarga, JAKIM, bagi menyampaikan ceramah bertajuk IBU CEMERLANG, KELUARGA GEMILANG.
Sungguh menarik penyampaian ceramahnya. Jelas dan lantang suaranya. Sekali sekala diselitkan jenaka, membuatkan muslimat kusyuk mendengar tanpa rasa mengantuk. Kucuba upload rakaman ceramahnya kat sini tapi sayang, agaknya duration dia lama sgt so tidak berjaya.
Kata ustazah, akhir2 ini, ramai ibubapa yg telah mengenepikan amalan2 sunat yang sepatutnya dibuat kepada bayi. Contohnya aqiqah, bercukur, bersunat (perempuan). Kesemua amalan2 itu ada kebaikannya. Jadi jgnlah sesekali mengabaikan amalan2 sunat tersebut.
Sungguh bertuah seseorang wanita itu apabila berpeluang menjadi seorang ibu. Didiklah anak anda dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Jangan lupa menerapkan nilai2 murni dan ajaran Islam dalam kehidupan seharian agar bila dewasa kelak dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Semoga aku jua akan berpeluang menjadi seorang ibu satu hari kelak, insyaAllah, Amin.
6 comments:
cantik pengantinnya... =]
ibu nuar pun suka pergi ceramah-ceramah macam ni, kalau nampak dia bersiap segala tu...mesti ada tempatlah yang ditujunya tu...
nuar, tima kasih.
lain kali boleh ajak ibu nuar sekali kan. bulan 3 ni diorang nak wat ceramah agama kat kg. msia tambahan, sg. besi.
selamat pengantin baru buat fiza kawan ida tu...
alhamdulillah, memang beruntung berpeluang menjadi ibu...semoga kita mendapat hidayah dari Illahi dan dapat mendidik anak2 dgn baik dan menjadi anak2 yg soleh & solehah..
selamat pengantin baru buat kawan kak ida..
bestnya kak ida jd setiausaha ye.. tahniah.. nurul kalo ada kesempatan suka gak gi dengar ceramah & terlibat dengan akitiviti macam ni.. kak ida ni bagus aa.. nurul tabik spring kat kak ida..:)
kak ida, nurul doakan moga kak ida dikurniakan cahaya mata..amin.
take care my dear kak ida.. have a nice day..
kak ssm, tima kasih.
bestkan jadi ibu. walau penat, walau perih, tp dioranglah permata hati kita kan. insyaallah kak.
nurul, tima kasih atas ucapan.
ish.. nurul ni, siap nak tabik spring bagai. bukan apa2 pun nurul. sikit2 aje. mana ada kesempatan dan waktu yg terluang.
tima kasih juga atas doa. memang jauh di sudut hati ni sentiasa mengharapkan yg satu itu. insyaallah, satu hari nanti, ada rezeki..
thanks again nurul sayang. take care yea..
Post a Comment