Wednesday, April 1, 2009

1 APRIL 2009 - 14 TAHUN BERSAMA.... SITI



HARI ini, 1 April 2009 menandakan genap 14 tahun anak seni yang tiada tandingan ini melayari kehidupan di pentas yang penuh pancaroba.

Tarikh keramat itu juga merupakan permulaan segalanya bagi wanita ini apabila album sulungnya, Siti Nurhaliza yang memuatkan lagu popular Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan dipasarkan.

Sepanjang tempoh itu jugalah, peminat dan pemerhati muzik tempatan serta nusantara menyaksikan transisi figura unggul ini membina dirinya menuju kematangan, baik dalam kerjaya seninya mahupun kehidupan peribadinya.

Tempoh 14 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk wanita bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membina empayar seninya sehingga mampu digelar penyanyi nombor satu negara.

Katalah dan lemparkanlah apa sahaja kata-kata nista walaupun kedengaran kurang enak kepadanya, langsung tidak akan membuatkan dirinya berganjak dari apa sahaja yang beliau ingin lakukan demi kebahagiaan dan kebaikan dirinya.

Lakaran kehidupan biduanita muda negara ini sememangnya penuh warna-warni. Suka, duka, pahit dan manis.

Lengkap segala rencah dan menyingkap sejarah kariernya, perjalanannya untuk menduduki takhta teratas seperti hari ini tidak berlaku semalaman.

Sebaliknya, panas terik dan hujan badai yang perlu dilaluinya tanpa mengira penat lelah di awal kemunculannya untuk mencipta nama sebagai seorang penyanyi selepas kejayaannya merangkul gelaran juara Bintang HMI 1995.

Bukan itu sahaja, di kala usia yang ketika itu mencecah 16 tahun, Siti mengorbankan usia remajanya dalam menggapai impian dan cita-cita untuk bergelar seorang penyanyi sedangkan rakan-rakan sebayanya bertarung dengan buku serta bersengkang mata siang dan malam untuk memperoleh kejayaan cemerlang di dalam pelajaran.

Itulah dinamakan takdir dan sememangnya sudah tertulis di loh mahfuz bahawa masa depannya sememang cukup cerah dalam bidang seni suara.

Siti cukup bertuah kerana dia hadir dengan pakej yang lengkap yakni suara gemersik bagaikan buluh perindu di samping memiliki wajah jelita dan manis.

Selain kehebatan vokalnya, keperibadiannya yang masih lagi mempertahankan budaya dan adat ketimuran juga menjadi faktor mengapa Siti diminati dan disanjung oleh pemujanya.



Cukup luar biasa

Tidak terhenti setakat itu, siapa yang boleh lupa kejayaan sulungnya dalam bidang nyanyian apabila lagu dendangannya, Jerat Percintaan dinobatkan sebagai Juara Lagu 1996 dengan mengalahkan penyanyi wanita popular ketika itu, Ziana Zain.

Bermula detik itu, Siti tidak lagi menoleh ke belakang dan dia menjadi semakin yakin dengan dirinya yang mampu untuk mencipta nama sebagai seorang penyanyi popular.

Malah, namanya juga semakin meniti di bibir masyarakat serta peminat yang mula menyanjung bakat besar yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya itu dan dia berjaya mencipta populariti yang cukup luar biasa.

Sudah menjadi adat manusia yang perasaan cemburu dan iri hati akan tetap terbit dalam hati dan setiap kali Siti mencipta kejayaan serta kecemerlangan, ia pasti akan mengundang perasaan ketidakpuasan dan polemik di kalangan peminat dan karyawan seni tanah air sendiri.

Siapalah kita untuk mempersoalkan setiap rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.

Siti sendiri mungkin tidak pernah bermimpi mahupun memasang impian untuk menggenggam kejayaan luar biasa seperti yang dikecapinya hari ini.

Ruangan ini juga terlalu terhad untuk menyenaraikan kejayaan dan kegemilangan yang diraih Siti sepanjang 14 tahun bergelar penyanyi dan penghibur tersohor negara dan juga nusantara.

Sehingga kini, dianggarkan lebih daripada 150 anugerah dari dalam dan luar negara yang menjadi milik mutlak penyanyi berdagu lekuk ini sehingga tidak terhitung jumlahnya.

Namakan saja. Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Era, Anugerah Planet Muzik dan pelbagai anugerah lagi, semuanya sudah menjadi prasasti seni seorang yang bernama Siti Nurhaliza.

Bukan sekadar kisah kejayaannya yang menjadi perhatian tetap kehidupan peribadinya juga cuba ditelanjangkan.

Tetapi ketegaran Siti mempertahankan privasinya amat disanjung tinggi sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dalam perkahwinan yang dilabelkan sebagai wedding of the year.

Pun begitu, bahtera perkahwinan mereka berdua yang akan menginjak usia tiga tahun pada Ogos nanti tidak pernah henti diuji. Walaupun pelbagai kata-kata kurang enak menyelubungi ikatan suci mereka, namun, cinta mereka tetap kukuh dan bahagia sehingga ke saat ini meskipun jurang usia mereka sangat besar.

Konsert amal

Berbalik kepada karya seninya, sepanjang 14 tahun ini, evolusi muzik nyanyian Siti dilihat begitu ketara. Mengenali Siti, beliau tidak pernah lelah untuk mencuba sesuatu yang baru dalam memberikan yang terbaik untuk mengukuhkan lagi legasi seninya.

Lagu-lagu hits dan popularnya antaranya seperti Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu, Hati Kama (duet bersama Noraniza Idris), Kau Kekasihku, Balqis, Percayalah, Nirmala, Dialah Di Hati, Bukan Cinta Biasa, Biarlah Rahsia, Ku Mahu, Melawan Kesepian serta yang terbaru, Di Taman Teman sememangnya cukup diminati

Apa yang pasti, rangkaian lagu-lagunya itulah yang berjaya meletakkan dirinya di puncak tertinggi. Yang amat diimpikan oleh penyanyi bersuara emas ini adalah untuk mendokumentasikan lagu-lagu dendangannya itu dalam satu konsert khas yang akan diadakan sekitar bulan Jun depan.

Semuanya itu adalah untuk meraikan ulang tahunnya ke-14 bersama peminat-peminatnya yang tidak pernah henti menyokongnya serta menjadi tulang belakang kejayaannya selama ini.

Bukan tidak pernah dia membuat persembahan sedemikian rupa kerana pentas agung Royal Albert Hall, London pernah menjadi saksi lagu-lagunya berkumandang di segenap maya dewan penuh keramat itu pada tahun 2005.

Tetapi kata Siti, kali ini konsert yang akan diadakan di pentas bertaraf dunia, Istana Budaya itu akan memberikan satu persembahan dan pendekatan yang cukup berbeza.

Malah dia tidak segan untuk mengakui konsep persembahan yang ada di dalam kotak fikirannya kini adalah berinspirasikan daripada konsert Celine Dion Live In Vegas.

Meskipun begitu, ia bukanlah sembarangan konsert kerana ia adalah konsert amal di mana sebahagian daripada hasil penjualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa.

"Tapi saya sedar apa sahaja yang saya lakukan semuanya kena ukur di baju sendiri. Saya mahu manfaatkan segala kemudahan yang ada di Istana Budaya demi mempamerkan satu kelainan demi peminat saya.

"Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang konsert ini kerana masih terlalu awal dan semuanya masih lagi di peringkat perbincangan. Kertas kerja juga sudah diserahkan kepada pihak Istana Budaya.

"Apa yang saya harapkan kini adalah untuk mendapatkan penajaan daripada pihak-pihak korporat dan swasta bagi merealisasikan konsert amal ini," jelasnya yang kelihatan semakin langsing itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Secretaries' Week Luncheon Special Exclusively With Kris Dayanti and Siti Nurhaliza di Hotel Quality City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawa Operasi Cash Band, Johan Thomas Low dan Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Quality City Centre, Hidzir Abdul Hamid.

Kris akan membuat persembahan pada 21 April, manakala Siti pula pada 22 April dan persembahan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade (MECC).

Bercerita lanjut tentang persembahan eksklusif sempena minggu setiausaha tahun ini, Siti melahirkan rasa terujanya kembali berkolaborasi dengan hotel berkenaan untuk kali keenam.

Apatah lagi, sudah dua tahun dia tidak mengadakan persembahan pada minggu setiausaha. Lebih manis lagi, tahun ini juga merupakan persembahan Siti yang pertama selepas bergelar seorang isteri.

Khabarnya juga pihak Hotel Quality telah melamar dan berusaha mendapatkan Siti sejak bulan September tahun lalu untuk persembahan eksklusif ini.

"Tawaran pihak Hotel Quality memang sukar untuk saya tolak kerana kami mudah untuk bekerjasama dan sikap toleransi itu ada. Apa yang pasti, setelah dua tahun berehat, saya akan memberikan persembahan yang berbeza kali ini.

"Saya mahu mereka berasa puas dan gembira agar ia setimpal dengan harga yang mereka laburkan untuk persembahan saya yang akan berlangsung selama 45 minit hingga satu setengah jam itu," kata anak kelima daripada lapan adik-beradik itu lagi.

Mengenai kerjaya seninya yang semakin rancak selepas perkabungan sempena pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Tarudin Ismail pada 15 Februari lalu, ternyata Siti tidak menang tangan memenuhi undangan nyanyian dan rakaman program televisyen.

Berterima kasih

Siti juga akan menjadi salah seorang artis yang akan membuat persembahan pada malam Anugerah Bintang Popular pada 12 April depan dan berkemungkinan besar juga pada anugerah berprestij, Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) nanti.

Malah, penyandang Vokal Wanita Terbaik AIM sebanyak sembilan kali ini juga kembali menyambung promosi bagi album Lentera Timur yang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

"Alhamdulillah, Lentera Timur dapat diterima dengan baik oleh peminat dan pendengar radio. Selepas ini, lagu Cinta Ini ciptaan Katon Bagaskara akan menyusul sebagai single kedua. Malah, video klip lagu berkenaan juga sudah ditayangkan di televisyen.

"Dalam masa yang sama, lagu Ada Masa Mata karya M. Nasir juga mendapat tempat di corong radio. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan untuk album ini," ujarnya yang tidak akan mencalonkan lagu-lagu terbarunya dalam Muzik-Muzik 24 tahun ini.

Pada kedua-dua hari itu nanti, pelakon dan pelawak terkenal, Dee akan bertindak sebagai hos, manakala Dasha Logan yang merupakan anak kepada mendiang Loga daripada kumpulan Alleycats akan beraksi untuk persembahan pembukaan.

Bagi setiausaha dan peminat dua diva terulung Nusantara ini, tiket-tiket berharga RM580++ (VVIP), RM480++ (VIP), RM380++ (1st Tier) dan RM280++ (2nd Tier) sudah mula dijual. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian 03-2693 9233 sambungan 8023/8017.








Thursday, March 26, 2009

PERTEMUAN SEMULA....

alhamdulillah sejak ada facebook ni ...ramai kawan-kawan ex-schoolmate atau ex-u yg dapat dijejaki semula... tak salah sekiranya aku merasakan facebook ni berjasa kat semua orang yang menyertainya... bayangkan kita dapat bertemu semula kawan-kawan lama kita yang mungkin kali terakhir kita jumpa dia selepas 20 tahun.. yelah kalau kata kawan sekolah rendah... pasti 20 tahun telah berlalu... habis darjah 6 umur 12 tahun, sekarang dh 34 tahun.. berapa tahun beza tu... tapi itulah kenyataannya....

pertemuan selepas 22 tahun... 13 Mac 2009

aku bertemu dgn kawan sekolah rendah (SK Gong Kapas). namanya haryani ngah. sekarang bekerja sebagai wartawan di berita harian. kawan sekerjanya berhasrat utk menulis artikel tentang restoran ku.. melalui facebook, berkirim emel, lantas membawa kepada satu pertemuan.. walau pada dasarnya atas alasan kerja.. namun secara tidak langsung dapat juga aku bersua kembali dgn kawan sekolah rendahku dulu...







pertemuan bersama haryani (bertudung hitam) dan rakan wartawannya, kak afieza serta jurufoto bertempat di restoranku RSMY house of real beriani, Medan Tuanku, KL



pertemuan selepas grad....

1. ida bertemu asnidar - ex-uum. sama jugak.. bila dh dapat jejak kat fb, pastinya kita akan bertukar no hp. so bila aku kebetulan ke putrajaya sendirian, aku call as. kebetulan pulak dia tgh nak lunch kat alamanda so dapatlah aku lunch sekali ngan as... sambil bertukar2 cerita masing2.


- lunch bersama as , di secret resepi, alamanda putrajaya.






gambar-gambar di atas, pertemuan kedua dgn as. kali ini berlangsung di restoranku bersama suami as dan anak2 as. anak as 2 orang semuanya hero... tp cute2 belaka... tapi sayang aku cuma dapat hidangkan cheese nan, ayam kerayi dan ayam tandoori. nasi beriani al-bukhari yg special kat restoranku tidak dapat dihidangkan sebab dah abis... sori yea as

2. ida bertemu mat gu - ex-uum. ida bukanlah rapat sangat dgn mat gu ni. tapi atas beberapa peristiwa sewaktu study dulu, menjadikan mat gu mudah diingati... hehe... so melalui fb jugaklah mat gu dpt jumpa aku kat KL ni.. dia dtg bersama tunangnya ellyn membawa kad jemputan kahwin diorang.




3. ida bertemu ajue - sejarah bersama ajue agak panjang sebab aku kenal dia sejak dari darjah 5, tahun 1986. kami satu sekolah - Sek Keb Gong Kapas. kiranya ajue juga sekelas dengan haryani ngah yg kisah pertemuannya telah kutulis di atas. selepas itu bila masuk sek men. kami sekali lagi sekelas dari Form 1 hinga Form 5. ye ke ajue. hehe... kalau salah ajue tolong betulkan yea... sekadar teringat kenangan lalu... masa Form 1, kami berbasikal bersama-sama utk ke sekolah. tapi tak lama sebab familiku berpindah ke Dungun (tempat kelahiranku), so selepas itu aku dah duduk di asrama. tapi masih sekolah yg sama.

Habis sek men .. sambung belajar kat UUM. sekalilah dgn ajue, noraini, nurul, ezzah.
tapi kat uum aku ambik BA. aju ambik IT. wah bercerita panjang pulak ... hehe...mungkin lepas ni boleh buat satu entry bercerita time study kat UUM pulak kot.. hehe... so bertemu dgn ajue adalah secara tidak sengaja. minggu lepas hari rabu 18 Mac 2009.. kat KLCC , sama-sama nak pergi tengok wayang. aku bersama mama dan adik2, ajue bersama suaminya dan 4 org anak. bestnyer ajue dapat 2 pasang yang comel-comel belaka.

bersama familiku dan famili ajue di KLCC



4. ida bertemu zaireeni - ex Sheikh Abdul Malek School (SHAMS). tengah2 nak tunggu adik faris yg nak pergi toilet kat IB pada 20hb ari tu.. sekali aku terpandang kelibatnya. nama glamernya Richerd masa kat sekolah dulu. kebetulan dia dan suaminya nak menonton teater Sirah Junjungan. so dapatlah sembang2 sikit sambil bertukar cerita sementara dia tunggu masa utk show bermula. dia bertugas sbg pensyarah kat penang. aku pulak lupa nak tanya kat mana.. tp aku agak kat USM lah kot. suaminya pun sama bidang dgn dia.

- bersama richerd dan suami di Istana Budaya

5. ida bertemu roselina (zie) - ex-UUM. zie ni mmg selalu aku keep in touch , tru sms n blog. so pada 22 Mac 2009, kebetulan dia lalu kat kawasan restoran aku. dan aku pulak kebetulan ada kat rumah. so aku ajak dia singgah kat restoranku kat Medan Tuanku tu.. utk satu pertemuan. rasanya ada dekat-dekat .. berapa tahun yea.. zie.. hannah umur bape dah zie.... selama itulah kita tak berjumpa kan... walau sebenarnya suaminya boleh dikatakan saban minggu singgah kat restoranku utk menikmati nasi beriani al-bukhari... tima kasih kat suamimu zie.. sebab jadi regular customer restoran aku.. hehe... tima kasih jugak sebab tolong promote kat kawan2 dia sekali. kiranya dalam ramai-ramai kawan2ku, dgn zie ni lah aku paling kerap bersua sejak grad. officenya dekat-dekat aje dgn tempatku. zie pernah berkunjung ke rumahku. waktu tu hannah belum lahir lagi. zie jugak pernah lepak-lepak kat bilikku time suamiku berada di luar negera. dan aku pernah melawat anak keduanya, adan kat HPAP. tak sangka adan dah besar dah yea. hai seronoknya kita dapat bersua kan zie... waktu ni zie tgh diet giler .. so dia makan salad aje... sebab takut rosak dia punya diet schedule... takpe aku faham... tapi aku geram je tengok hannah... cute!!!





rasanya itulah saja beberapa pertemuan semula aku dan kawan-kawanku...
walau mungkin sekejap cuma tapi membawa seribu makna, ada rezeki pasti akan bersua semula....

Wednesday, March 25, 2009

KU BAHAGIA.....PART I

17 March & 18 March 2009

Bila aku dapat tahu mama dan adik-adik nak datang KL, berkunjung ke rumahku.. aku dah happy giler dah.... memang rasa seronok sangat sebab dah berapa kali plan nak balik kanpung asyik tertunda aje. tapi sebab adik zul ada tuition class, so pagi selasa barulah familiku tiba kat KL. Yang datang mama, abah, adik fatin dan adik zul. adik nor tak dpt datang sebab terlibat dgn sukan kat poli shah alam. Adik nurul still kat matrik johor, takde cuti.

aku dah plan nak bawak famili ku bermalam kat hotel. saje aje.. nak habiskan complimentary voucher yg bakal expired. suamiku dah pesan. so pukul 12.00 kami siap2 utk check in Hotel Sheraton Imperial yg jaraknya dekat aje dari rumahku.. hehe..mulanya nak book Hotel Le Meridien.. tapi pihak hotel cakap bilik kat Le smaller than Sheraton.

Bila dpt aje bilik terus aku klik2.. yelah sejak ada blog ni mmg excited lebih sikit. Sebelum ni kalau check in mana2 hotel, tak kisah pun.. hehe...





so kami pun lepaklah kat dalam bilik hotel sampai petang. oleh kerana mama dan adik2 ku rindukan nasi bukhari selera my, so aku pun called sepupuku e-wan minta tolong dia buat delivery .. hehe...

Bila dah petang, aku ajak mama dan adik fatin pergi spa - mandara spa. mula-mula kami berendam dlm jacuzzi air panas. lepas 20 minit , kami masuk ke bilik sauna pulak. seronok aku tengok mama dan fatin enjoy. last sekali kami swimming kat swimming pool hotel tu. mesti u all semua terfikir agaknya aku pakai mcmn lah waktu swimming kan.. don't worry.. aku pakai swimming suit jugak.. tp yg menutup auratlah.. hehe.. 4 pcs swimming suit yg aku matched sendiri. alhamdulillah nak kata terror swimming tu takdelah.. tapi bolehlah jugak... hehe.. aku paling suka kuak lentang sebab tak payah risau nak tahan nafas lama2. actually bercerita pasal sejarah swimming ni.. aku mula pandai swimming sejak tinggal kat kondo aku tu. dulu waktu mula2 stay situ, tak ramai sangat residencenya. so aku swimming every day pukul 8.00 - 9.00 mlm. lama-lama aku pun pandailah, swimming n floating. tapi sekarang aku tak swimming dh kat kondo aku tu, segan sebab dh ramai.. so bila sekali-sekala aku dan suamiku stay kat mana2 hotel, pasti aktiviti swimming ni akan jadi antara agenda dlm percutian kami.

usai aktiviti basah tu, kami pun siap2 utk pergi dinner pulak. so aku bawak famili aku ke satu kedai makan ni kat kg bharu. memang tempat favourite aku dan suamiku. apa yang special kat sini... cendawan chieng mai dan sup tulangnya... sedap!!! oleh kerana semua lapar sangat. bila sampai aje hidangan kami.. terus kami makan dengan berselera... sampai lupa nak klik2 dulu semua food tu.. sori yea...

ohya sebelum keluar bilik, aku dah call house keeping request for turn down the bed. (ikut style suamiku lah.. hehe). sekali bila aku tiba kat bilik semula... diorang takde buat apa pun.. aku pun anginlah jugak kan.. so aku called magic button tu...
beginilah lebih kurang dialog aku.. chewah.. ikut style suamiku lah.. hehe....i'm very frustated with your service. i already called u asking for turn down the bed, but u hve done nothing to my room. it's 1.00 in the morning. i dont have any cleaned towel to use now. can u please do something or can i talk to your duty manager for today... (chewah.. berlagak pulak dia ni.. hehe).

so budak pompuan yg jawab panggilan telefon aku tu pun.. cakaplah... sorry mem. if u dont mind, can i ask them to do yr room now, anything else u need mem... aku pun buatlah request panjang sikit... hahaha.. saje aje nak dera diorang ni... ok, then. please come now. please replace me all set of towels, 2 extra blankets, extra tissues since i got flu. lepas tu budak pompuan tu tambah.. ok mem.. i'll give u extra toiletries also mem.. ok.. thank u very much... kataku..

tak sampai 5 minit, diorang pun sampai... yg part toiletries tu yg ku tak tahan tu.. 1 paperbag penuh dia bagi kat aku... hahaha.. nak ambik ati akulah tu... sebab diorang dh buat silapkan.. siap bagi coklat pulak kat aku... tanda sorilah tu..hehe... (dan aku tak lupa bg tip kat diorang semua...)


- ni waktu dah nak check out ni

esoknya oleh kerana ada catering, so aku keluar dululah sorang2 pergi ke restoran. tapi sebelum keluar aku dh request utk check out pada jam 2.00 petang. so aku biarkan mama dan adik2 kat bilik hotel dululah sementara aku settlekan catering ni. dekat aje catering ni, kat PWTC - tingkat 38.

malam aku bawak diorang semua pergi tengok wayang. waktu ni adik aku shah pun dah sampai dr TM, so kami pun pergilah KLCC lepas maghrib. tapi tiket tak beli lagi sebenarnya. bila kat KLCC ni, aku terserempak dgn ajue... teman se sek rendah (Sek Keb Gong Kapas) dan se sek. men. (SHAMS) dan se UUM. lama jugak tak bersua dgn ajue ni. ajue pun baru pulang dari Brazil. anak2 ajue semua comel2. mama dan shah memang ingat lagi kat ajue ni.. sebab masa sek. ren. rumah aku dan rumah ajue dekat aje kat gong kapas tue....


- aku n famili & ajue n famili

so mlm tu kami semua tengok wayang citer RACE TO WITCH MOUNT.. memang sesuai sgt untuk tontonan kanak-kanak.. movie tu pun best (action + fiction)..... dan alhamdulillah adik2 aku pun enjoy!!!!

Friday, March 20, 2009

KU BAHAGIA..... PART II

Khamis
19 March 2009

Pagi ada catering kat Kota Damansara. Customer yang order ni memang regular customer. Dah banyak kali dah dia order dariku. Dulu waktu dia mula-mula pindah kat banglo ni, majlis House Warming, pun dia order dari aku punya catering.





Habis aje catering, aku terus aje ke beberapa destinasi, menyelesaikan beberapa tugas penting untuk hari ni. Lebih kurang pukul 3.30 petang barulah aku tiba di rumah. Sebenarnya memang tak sabar nak sampai kat rumah ni.. sebab mamaku dah masakkan Nasi Ayam Special resepinya... nyum, nyum... kami sekeluarga memang sentiasa mengidam nak makan Nasi Ayam Mama ni. so setiap kali balik kampung, atau setiap kali Mama dtg KL, menu ni pasti menjadi permintaan dari anak-anak Mama ni... hehe.. tapi aku teringat pulak kat suamiku.. kalau dia ada, mesti dia enjoy giler makan Nasi Ayam Mama ni. nak buat macamana suamiku masih merantau ....


Monday, March 16, 2009

MENERIMA KUNJUNGAN...

15 March 2009
Ahad.

Seperti orang lain juga, hari ahad merupakan hari santai. Sejak semalam, aku kurang sihat, tekak perit, batuk pun dh mula kedengaran , sekali sekali datang lelah. Hidung dah mula berair, kepala pun dah berdenyut jugak. Nasib baik aje belum demam.

Hari ni juga aku menerima kunjungan dari Ctea Fairuz (CF) dan Miela (M). okey jugak diorang datang. Aku pun takde apa2 kerja dan tak pergi mana-mana pun. Kebetulan sebab sakit tekak, aku masak bubur nasi dan sup ayam. So dapatlah aku jamu diorang dgn hidangan tu. Tapi sebab risau diorang tak kenyang, aku bungkus sekali nasi beriani bukhari dari restoranku....

Lepas makan, kami lepak-lepak dalam bilikku. CF busy layan internet. Aku layan M tengok album gambar lama-lama... hehehe.. gambar zaman anak dara... lepas solat Zohor, mata aku mula mengantuk, maklumlah kurang sihat. M pun sama, so kami bantai tidur sama-sama 3 orang atas katil empukku itu.. hehe... tutup langsir semua...maka zzz lah kami sampai pukul 5.00 petang.

Lepas solat Asar, perutku mula berkeroncong. So aku bawak diorang pergi KLCC, dinner sambil jalan-jalan. Disebabkan aku lapar nasi, so aku terus aje beli meal set kat Yoshinoya (Japanese Food)... actually aku dan suamiku selalu menikmati hidangan ni bila nasi menjadi pilihan kami. Lagi satu kalau order kat sini, tak perlu tunggu lama-lama dan tak perlu beratur panjang...hehe.


inilah rupa meal set aku. Dalam mangkuk tu ada nasi Jepun, kat atas tu adalah daging lembu masak lebih kurang sos tiram, dipotong nipis2. Yg dlm mangkuk tu Miso Soup. Yang dlm piring kecil tu ialah halia jeruk.


Mulanya M tak mahu makan sebab still full. Tapi lepas tengok set meal aku, terus selera dia terbuka, so M pun order sama mcm aku.. hehe.


CF tak nak makan nasi, so dia beli Lamb Kebab dr Kyros Kebab. Kesian kat M, agaknya potion nasi tu agak besar utk dia, jenuh jugak dia nak perabih nasi tue... sebab kesiankan M, aku cakap kat dia.. kalau tak larat nak habiskan nasi dia, takpelah... habiskan dia punya daging aje...

So lepas makan, kami jalan-jalan sambil klik2. Aku ingat nak beli seluar Adidas tu, tp saiz yg ada tak muat. Masuk pula kedai Nike, saizku pulak sold out... memang takde rezeki utk tambah koleksi seluarku...

Last sekali kami singgah kat Watsons. Aku beli Uphamol sepapan. Kepalaku berdenyut setiapkali aku batuk. Lepas makan ubat, kami pun beransur nak balik. Aku hantar CF dan M ke stesen Dang Wangi.... begitulah kisahnya... hehe...









Saturday, March 14, 2009

SUKA-SUKA ...

14 March 2009
Sabtu.

Pagi - berurusan dgn stafku dan supplier berkenaan pembelian bahan2 restoran. Lepas tu relax2 kat rumah ajelah. Pukul 4.00ptg KL hujan lebat giler. sepupuku Ayu mengajakku ke Maju Junction (MJ) utk kejar Mila dan Fasha Sandha. Sebenarnya Radio Era mengadakan pertandingan akhir drama sebabak kat MJ tu (dekat aje ngan restoran aku... lintas jalan aje...) so difahamkan Mila AF5 dan Fasha Sandha turut hadir. Acara ni dh bermula dr jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. aku pulak... sebab hujan rasa cam malas aje.. tp kesian jugak kat Ayu ni. 4.00 - 5.00 time dia rehat so dia ingat nak pergi kejap. at last pukul 4.20 aku keluar menuju ke restoranku kat Medan Tuanku tu. so kami pun jalan kakilah pergi MJ dgn sebatang payung biruku... hehe...

Waktu kami tiba kat sana... pemenang telah pun diumumkan. Lepas tu kumpulan Bunkface buat show nyanyi 3 lagu. aku ni bukanlah minat sangat dgn band2 ni.. tp klik2 jugak cameraku sebab adik2 aku ada yg minat ngan diorang nikan.

di pendekkan cerita, kami dptlah bersua dgn Mila AF5. Sempat pulak ku tanyakan pada Mila. ... Mila, ingat lagi tak kat Ctea Fairuz, yg jd partner Mila masa Aksi Murai tu.. oh ctea... ye ingat.. lepas tu kujawab... Ctea Fairuz tu adik angkat saya... oh ye ke... nanti kirim salam kat dia yea... kata Mila.. hehe.. Ctea Fairuz.... jawab le salam dr Mila tu.. hehe...

Sebelum balik, kami sempat juga bertemu dengan Fasha. Sebenarnya Fasha dah masuk dalam kereta. Tapi ada dua orang peminat dia pergi jumpa Fasha kat kereta, so Fasha keluar sekejap dari kereta dia. so kami pun ambil kesempatan bersalam dan bergambar dgn Fasha. waktu ni hanya kami berempat sahaja yg ada kat tepi kereta Fasha tu. Tapi lepas tu... dah jadi makin ramailah yang datang utk bergambar dgn Fasha... hehe... nasib le Fasha... peminat.... biasalah kan.. itu belum Siti, cuba kalau Siti.... pasti jalan TAR tu jammed terus... hahaha.









- sebelum balik, sempat posing depan restoran... hehe... bukan apa teringat kat gaya kak zyee.. posing dgn payung pink dia sedondon dgn baju dia... kebetulan pulak payungku sedondon dgn blausku... so posinglah kejap... hehe...

Thursday, March 12, 2009

CATERING - BUKIT AMAN LAGI

Catering kat Bukit Aman ni memang ekslusif. sebab diorang order just utk Menteri lunch kat Bukit Aman. Total pax they ordered from me only for 25 pax, but VVIP setting so the price for 1 pax , of course a bit high.. more than RM50.00 per pax.. (kalah buffet kat hotel.... hehe). but that's the fact. lebih sedikit pax dia, lebih tinggi harga per pax dia.


- today the Minister can't make it. only Tan Sri Musa Hassan appeared and few more VVIP guests.



- i planned to set up the table with the pink one, but unfortunately, the set was send out to laundry and didn't come back yet. so this is the results... hehe.. red + pink.. amacam ok tak...



but the menu for today was very mengancam... hehe..

NASI BUKHARI DHUBAI
ROTI DHUBAI
AYAM GORENG MASALA
KAMBING KURMA LADA HITAM
(DS suka sangat makan kambing...)
IKAN FILLET SWEET SOUR
BROKOLI KENTANG LAHORE
ACAR JELATAH
BUAH ANGGUR SEADLESS & TEMBIKAI
MINUMAN KASTURI ASAM BOI
AIR MINERAL
TEA / COFFEE

alhamdulillah.... diorang semua puji cakap sedapnyer!!!!... serius tak tipu!!!
i should snap pictures of those foods so that u all can see them ... kan... barulah tau camner rupa dia ... heheh... next time yea..