Ahad
3 Mei 2009
Hari ni aku rasa sihat sedikit berbanding semalam. Semalam kepalaku terasa berat sangat, berdenyut-denyut. Letih tak usah cakaplah. Ditambah pula dgn batuk yang menjadi-jadi. Menonton AIM pun hanya sekerat jalan aje… penyudah bukan aku yg tengok TV, TV pulak yg tengok aku.. hehe..
Mana tidaknya, hari Jumaat tu, aku stay up terus hinggalah menjelangnya hari Sabtu. Jumaat merupakan hari terakhir utk aku siapkan hantaran. Petang Jumaat aku ke Sin Yin membeli goody bags dan sedikit lagi peralatan yg diperlukan untuk projek hantaran ku itu. Selepas mahgrib, aku terus pulun buat kerjaku. Dapat siap lagi 4 hantaran.
Lebih kurang pukul 10.30 mlm aku ke restoran. Untuk pengetahuan semua, saudara belah suamiku ini telah menempah catering dan tempatnya sekali di restoranku. Jadi banyaklah kerja yg perlu dibereskan bagi menyiapkan restoran untuk sebuah majlis pertunangan. Sebenarnya majlis pertunangan yang sebenar akan berlangsung di rumah sebelah perempuan iaitu di Kajang. Tapi oleh kerana belah lelaki ni adalah anak pertama yg diraikan, jadi ayahnya telah menjemput hampir semua saudara mara yang ada (lebih kurang 300 orang) berkumpul dan menikmati hidangan makan tengahari terlebih dahulu di restoran sebelum bertolak ke Kajang.
Lebih kurang pukul 12.00 tghmalam aku dan adik-adikku serta staf-staf restoran memulakan kerja dekorasi di restoran setelah bunga segar yang dipesan suamiku tiba. Fuh! Byk betul bunganya. 30 dozen bunga rose, 10 dozen bunga kekwa, 10 dozen fernleaf, dan 6 dozen bunga kecil kuning dan putih (aku tak ingat namanya
), tp yg ni digunakan sebagai penambah seri gubahan.
Aku memberi gambaran ringkas pada adikku Hadi dan Faris sebab diorang yang akan memanjat tangga untuk menggantung scallop. Bermula dari bahagian luar restoran hinggalah ke hujung restoran.
Staf2 lelaki yang lain, ku arahkan untuk menyusun kerusi meja serta memasang sarung kerusi. Selain membasuh dan membersihkan restoran.
Sepupuku Ayu pula kuminta dia dan beberapa staf perempuan memotong bunga2 mengikut saiz yang kukehendaki. Jadi senanglah sikit kerjaku selepas tu..bila nak gubah bunga2 tu semua.
so di bwah ni semua adalah semua hasil klik2 kami sepanjang proses dekorasi. Memang banyak giler, harap u all semua tak jemu melihatnya... hehehe....
Pulang dari restoran lebih kurang pukul 4.30 pagi. Tiba aje kat rumah aku terus sambung buat hantaran. Ada 2 lagi hantaran yang perlu kugubah. Pertama adalah sirih junjung. Kedua adalah sejadah. Beginilah caraku membuat sirih junjung.... hehe...
- bahan-bahan yang digunakan.
Pukul 10 pagi... aku terjaga setelah dikejutkan oleh suamiku. Dan aku cepat-cepat bersiap dan angkut semua hantaran yang telah siap ke restoran, 8 hantaran yang telah kugubah. 5 hantaran lagi adalah kek, manisan halwa, barangan make up, al-quran dan sejenis lagi manisan. Jadi jumlah kesemuanya adalah 13 hantaran. Kesemua 5 hantaran ini , aku cuma tambahkan bunga hantaran sahaja bagi melengkapkan ia.
Bila tiba di restoran, aku cepat-cepat mengatur semua hantaran di atas meja. Namun aku tak sempat nak klik2 gambar keseluruhan 13 hantaran tersebut kerana pihak tuan rumah dah ramai yang tiba kat restoran. Begitu juga dgn gambar restoran yg telah ditransform menjadi mini taman bunga... hehe...
Sementara aku sibuk memberikan sentuhan terakhirku, aku sempat pas cameraku kat adikku Hadi. So inilah hasil klik2 beliau utk tatapan pengunjung blogku yang setia.... hehehe....
- kat sinki pun ada bunga... hehe...
- siapakah gerangannya yg memakai baju oren itu... hehe
begitulah cerita penatku.... hehe.. namun aku sebenarnya sangat berpuashati dgn hasil kerjaku. Ditambah lagi dgn pujian pihak tuan rumah dan tetamu... rasanya penat lelahku berbaloi sekali.... syukur pada tuhan yang telah menganugerahkan bakat dan minat kepadaku...juga telah melancarkan segalanya dengan baik sekali. Alhamdulillah...
Sebenarnya aku tidak menunggu hingga majlis selesai sepenuhnya kerana aku kurang sihat, cuma suamiku aje yg turut serta hingga majlis di restoran selesai. Jadi petang tu, aku terus tidur tak sedarkan diri.. sehinggalah aku dikejutkan oleh panggilan telefon. Rupanya teman blogku , Dea Sara yg call. Memang aku dh maklum tentang kedatangannya ke KL semalam. Tapi aku betul2 tak larat, nak bangun pun tak larat, maka tak dapatlah aku berjumpa dgnnya. Dan Dea pulak tak jadi singgah ke restoran bila dapat tahu aku tiada. Lain kali katanya... yelah... insyaallah kita jumpa lain kali yea Dea.
Malam sebelum aku mulakan operasi dekorasi restoran, rupanya ada juniorku semasa di Sekolah Menengah sedang menikmati roti nan dan Paya (kaki kambing) di restoran. Tak sangka dia datang. Memang telah lama tak bertemu dengannya.. katanya lebih kurang 15 tahun... ishk lama tu... sekarang dia dh ada 3 orang hero... syukur... semoga bahagia selamanya yea... Siti Kristi...
Rasanya inilah entriku yang paling panjang dan paling banyak foto... layan ajelah yea... hehe....
3 comments:
berbaloi la kak kalo ni la entry akkk yg terpanjang coz puas org bace entry ni.. tp tu la sygnye pic sejadah jadi kipas tu jer n all the pic2 gubahan... kalo ade pic2 tu bole akk buat advertise bisnes gubahan di internet kan hehe amacan good idea tk hehe
org enjoy la kak dgn pic2 tu n tak jemu langsong pon...hai bunga kat sinki yg mahal tu mcm ni org kejap2 la pegi kat sinki tu jer.. kalo org kejap2 cuci tangan hehehe yg baju oren tu da terang la kak idasm hehehe dari belakang pon org kenal tau hehehe
suka tgk hasil keje kak ida..mmg cantik..leh buat bisnes ni..heheh..
wah..RSMY dah jadi kedai bunga dah,kan..banyak tul bunga2nya..
rajin sungguh hero2 tu,kan..berseri2 jadinya RSMY...heheh
TAJLENA: seperti biasa.. pasti lena org pertama yg akan komen.. bangga akak... hehe.. lena ni bagus betul.. bole cam kak ida dari belakang yea...
tima kasih sb tak jemu membaca coretan akak ni.. ohya.. pix akak dgn hantaran ada tau.. drpd camera jurufoto yg diupah oleh tuanrumah. nanti kak ida letak yea...
ARIEDA: rasa puashati sgt ida bila tengok RSMY bertukar wajah sekali sekala... bunga mmg byk giler, jenuh jugak menggubahnya... hehe...
Post a Comment